header-photo

Jangan malu...

Kali terakhir saya melalui Karak adalah hampir dua tahun lalu - menuntut jenazah pakcik di hospital Mentakab. Ia satu perjalanan yang mahu saya lupakan. Jalan yang lebar berselekoh naik dan turun bukit itu mengambarkan rasa hati saya waktu itu - saya rasa gelisah, celaru dan sedih.

Tadi saya melalui sebahagian jalan itu...

Sebaik melalui pintu gerbang...
Saya: Kenal Puan Ainon?
Insan A: Jalan terus...

Selepas 5 minit...
Saya: Kenal Puan Ainon?
Insan B: Encik terus saja...

5 minit lagi di kedai persimpangan Y...
Saya: Saya cari rumah Puan Ainon...
Insan C: Ohhh encik terus saja. Tak sampai satu kilometer jumpa tanah lapang belah kanan. Ada tulis Semanggul kat pintu masuk...

Saya faham mengapa ibu Ainon terserlah setelah menghabiskan sedikit masa dengannya.

Dan, saya rasa apa yang menghantui selama ini terkubur.

Ada hikmah sebalik sesuatu kejadian...dan jangan malu bertanya jika tidak mahu sesat.

6 reaksi:

Unknown said...

Jangan tak tahu. Puan Ainon tu dah taraf Tok Batin Janda Baik. Semua orang kenal dia! :)

Unknown said...

Salam JR.

Begitulah yang saya rasa, Tok Batin...Sifu...Wakil rakyat...

Web Sutera said...

Memang kalau malu, sesat jalan. En Helmy, saya ada 1 entri dalam blog saya fasal Rindu Ibu.

Unknown said...

Salam.

Terima kasih sdr Web.

Errr kalau anak dara malu bagaimana?

Web Sutera said...

Anak dara malu, bagai pohon dedalu. Pantang sentuh, layuuuu dia! hahaha..
Err..sentuh tak boleh, haram!

Puan Ainon Mohd. said...

Terima kasih atas entri yang amat baik kepada saya...

Demam saya mulai sembuh. Di luar, setiap lepas maghrib, saya mendengar suara anak-anak yatim mengaji beramai-ramai di bawah bimbingan 2 orang ustaz (sukarelawan lulusan UIA).

Wang zakat saudara sudah mula dimanfaatkan....

Wahai Tuhan yang maha memberi ganjaran, berikanlah ganjaran besar kepada semua yang membantu anak-anak yatim itu.