Ini sudah terlalu biasa dalam hidup ini. Terkadang rasa, terlalu!
Pernah ditanya apakah yang paling saya takuti apabila menjalankan perniagaan? Persaingan? PhD? Kena tipu? Tidak...apa yang paling saya takuti adalah diri ini sendiri. Saya takut lalai terbuai mimpi yang indah. Saya takut melanggari etika berniaga – jujur dan berdisiplin.
Senang menyalahkan yang lain selain diri sendiri apabila gagal dalam sesuatu, termasuk kehidupan.
Pernah saya menasihati seorang sahabat...
“Ini hidup aku! Dosa ke apa, aku yang tanggung, bukan kau! Dalam kubur pun...,” lebih kurang begitulah katanya. Marah!
Tapi, beberapa tahun selepas itu, “Aku kena tipu! Datuk ABC tu penipu! Ranap bisnes aku!”
Oh, bila gagal senang saja menyalahkan yang lainkan...dari diri sendiri.
Kita hanya merancang, Allah yang Maha Esa menentukannya. Begitulah apa yang membara dalam diri kini. Apa yang dirancang tidak semestinya terlaksana.
Perlu tenang...
Baru berfikir.
Kerana kalau gagal, ini semua salah saya....dan kelak sememangnya saya perlu menjawab dengan Dia.
2 reaksi:
Sdr Helmy yang jujur dan ikhlas,
Percayalah, saudara berniaga dengan mengamalkan etika perniagaan Nabi Muhammad SAW. Maka saudara terpelihara daripada kegagalan. Saudara mesti yakin itu!
Jika gagal juga, kita tengok semula, apakah ada yang unsur-unsur teknikal yang dapat diperbaiki lagi.
Keikhlasan dan kejujuran tidak mungkin menjadi sebab Tuhan yang maha pengasih lagi pemurah menggagalkan kita.
Yang baik datang dari Tuhan, yang gagal, itu silap kita.... jadi kita akan baiki kesilapan itu.
Satu hari nanti, saya mahu minum kopi... ngopi... dengan saudara! Nanti kita cerita tentang bisnes buku... saya cerita, saudara belanja.
Salam Ibu,
Setuju!
Post a Comment