header-photo

Masa...


Betulkah 1 hari = 24 jam? Seminggu = 7 hari? Sebulan = 30 Hari? Setahun = 365 hari? Mengapa masa begitu cepat berlalu? Adakah masa alam "ini" sedang mengejar masa alam "itu"? Dan, bila ia seiringan...

Satu perkara - saya tidak boleh duduk diam...ok, kecuali bila berhadapan dengan suasana santai...secawan kopi...sebuah buku...dan rokok (Merokok Membahayakan Kesihatan). Setiap tahun ada saja yang saya "godak"...

Dan akhirnya, 30 March lalu, Keledang siap. Saya sengaja "lewatkan" pengumumannya kerana hendak "mengambil" nafas. March satu bulan di mana saya tidak perasan apa yang berlaku. April mungkin sama...dengan Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa yang sedang berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda, Persiaran Bandaraya, Shah Alam, Acara Pak Samad di Galeri Pelita Hati, Perasmian Perkampungan Buku Malaysia di Melaka, Pesta Buku Antarabangsa...saya tahu penerbitan buku kanak-kanak 5 dalam 1 akan "lewat"....ah, sekurangnya ada yang "lewat" setelah hampir segalanya berlalu dengan cepat...

*Saya minta maaf jika ada jemputan yang tidak dapat dipenuhi dan urusan yang tersangkak. Selain aktiviti di atas, isteri saya sarat mengandung.

8 reaksi:

Web Sutera said...

Sdr Helmy,

Jangan duduk diam. Terus berjuang, hingga ke hujung nyawa

Salam ukhuwah

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Semoga isteri Abang Helmy selamat melahirkan. Dan doakan juga untuk saya.

:-)
Miza, Kuching

p/s..isteri yg tengah sarat mengandung perangainya pelik2..sang suami haruslah bersabar melayan karenahnya ya...hehehe...

Helmy Samad said...

Salam.

Sdr WS, insyaAllah.

Sdri Miza, tidak pula ada yang aneh perangainya, kecuali saya (kisah benar)...hahahah

Nissa' Yusof said...

tahniah atas kelahiran keledang

Helmy Samad said...

Terima kasih Nissa'

Jiwa Rasa said...

Salam,

Saya ucap tahniah di atas kemunculan buku-buku baru, tahun ini. Kualiti buku dan cover memang patut dipuji. Saya suka dan sayang semua buku yang baru dibeli terbitan Wira Bukit.


Saya suka bila staff saya sibuk. Bila sibuk kuranglah masa mereka untuk bergosip, membawa dan mereka-reka cerita. :)

Helmy Samad said...

Salam JR.

Terima kasih.

Jangan lupa hubungi saya bila ke KL.

zalisa maz said...

Tahniah, tahniah, tahniah!