Saya ke Pesta Buku tadi. Sebaik melangkah masuk, entah mengapa timbul rasa kecewa dan cemburu.
Saya rasa kecewa kerana WBSB tidak dapat menyertai pesta buku tahun ini disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Saya rasa cemburu kerana melihat penerbit dan pengedar buku mempamirkan produk mereka.
Saya sedar, berada di sini satu igauan buat saya.
Saya berterima kasih kepada PTS kerana dalam beribu produk, mereka beri ruang pada produk WBSB. "Bunting" produk 2007 WBSB pun mereka cetak sendiri.
Saya benar-benar rasa WBSB sepatutnya berada di sini! Ini satu kegagalan buat kami pada tahun ini...dan saya harap - dan berdoa - itu saja kegagalan kami sepanjang tahun ini.
Apapun, hidup tidak boleh statik. Tahun hadapan insyaAllah kami akan menyertainya. Kepala saya sedang berkira-kira dan sedang berangan menggambarkan bagaimana rupa gerai WBSB...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 reaksi:
Tidak mengapa sdr Helmy, tahun depan ada lagi. Ya, hidup tak boleh statik, mesti aktif & reaktif. Sayapun, kalau statik, tidak akan menceburkan diri dalam bisnes katering, yang bermula dgn jual nasi lemak. Kerana tidak mahu statik, saya rajin membaca, buku sebagai teman, dan mula menulis semula sesudah agak lama tidak aktif.
Perjuangan mesti diteruskan!
InsyaAllah ada rezeki pada tahun hadapan.
~zalisa maz~
Sdr Helmy,
Tidak berada di Pesta Buku bukan satu kegagalan. Itu hanya satu pilihan. Banyak toko buku yang saya minati juga memilih untuk tidak menyertai Pesta Buku atas faktor kos.
Pemasaran kreatif akan membolehkan produk WBSB akan `hadir' dan memberi pesona di Pesta Buku tanpa perlu mempunyai gerai sendiri.
Tuan Jiwa,
Untuk makluman, peserta pesta buku adalah para penerbit buku. Jadi WBSB layak memohon membeli booth. Ada pemilik toko juga merupakan penerbit, justeru mereka layak memohon. Tempahan perlu dibuat awal sebab jumlah booth terhad manakala permohonan sentiasa melebihi tawaran. Jika WBSB mahu booth sendiri, berunding dengan En. Zaharin, beliau boleh bantu supaya booth WBSB dan PTS sebelah menyebelah, jadi pengunjung PTS akan masuk booth WBSB...
Salam,
Kami mungkin bleh mengendeng sama tahun depan!
Post a Comment