header-photo

Bisik Warna dan ITNM

Bisik Warna lahir akhir tahun 2008. Urusan penerbitannya merangkak dan tersangkak oleh beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya benar gelisah dan kecewa. Beberapa perkara yang tidak terduga berlaku menghimpit Wira Bukit.

Dalam golakkan, saya teringatkan ITNM. Lantas saudara Anuar Manshor saya hubungi - melalui Facebook. Kini Bisik Warna sedang dicetak - cuma saya kecewa sedikit kerana bertindak lewat.

Kalau ada satu badan kerajaan yang terlibat dengan dunia penerbitan buku, ITNM adalah sebuah badan yang paling efektif - buat masa ini, pada saya.

Mengapa? Senang. Berurusan dengan ITNM seperti jalan bersantai di taman. Mereka tidak banyak karenah dan berkira - kata lain, "red tape" kalau wujudpun tidak saya sedari. Sebagai sebuah syarikat penerbitan yang kecil, jalan yang dibuat dan ambil oleh ITNM ini bagai sinaran yang menyuburkan dan memberi harapan.

Saya sedar, ini semua bergantung kepada orang yang menerajuinya. Saya berterima kasih kepada Encik Mohd Khair dan anak-anak buahnya dalam usaha mereka dalam perkara ini.

Saya tidak sabar untuk meneruskan kerjasama dengan mereka lagi. Saya juga tidak sabar untuk menguji jalan-jalan yang dibuat dan diambil oleh badan-badan lain seperti...DBP.

4 reaksi:

MARSLI N.O said...

Sdr Helmy: Harap dapat bertemu, meski sekilas, di acara itu nanti.

lyna ua said...

Syabas Helmy! Sama-sama kita perjuangkan. Perjalanan ini amat sukar tetapi kerja baik mana yang senang. Ubat di hati...sekurang-kurangnya anak cucu kita tak akan menyalahkan kita tidak menjaga hak mereka!

emilayusof said...

Gembira akhirnya Bisik Warna akan keluar.

S.K said...

salam,
mmmm... alhamdulillah :)
nampaknya, saya perlu mengasah kemahiran menterjemah... mana tahu ada peluang, huhu... ;D

Wassalam.