header-photo

Hijrah...

Yayyy! Saya akan berhijrah tidak lama lagi!

Semoga nanti Ali (dan Chloe, Velvet dan Omar) dapat lebih luas ruang untuk beraktiviti - tidak seperti kini yang seharian terperap kerana saya tinggal di rumah pangsa.

Tapi...pindah itu bakal saja meletihkan...arghhhh juga!

Ada sesiapa nak bantu tenaga? Hahaha...

10 reaksi:

S.K said...

Salam,

Nak import beca dari Masjid Sultan@sg...?
Buat hiasan dalam rumah...
Tak pun, bila-bila khalah dia datang, boleh bawa Ali jalan-jalan dalam beca tu...
Amacam? :D

Helmy Samad said...

Ali naik becha di Melaka saja...haha :p

Shahrulrock said...

Pindah?
Nak minta bantu angkat barang boleh, tapi kena upah bubur kacang campur dengan pulut(orang Perlis memang pakar masak bubur kacang).

Helmy Samad said...

Bab buboq ni, nanti saya bisikkan ke ibu mertuaku.

Saya impikan juga akuarium 5-6 kaki di rumah baru untuk ternak udang galah dan kelah.

S.K said...

Bro, ku dah tilik-tilik... tak ada putera kat Melaka... kan baru balik hari tu...

Khalah: Ali, Khalah angkut Ali cari putera Palembang saja lah... Ali, jom... kita naik kuda kepang, errr, terbang... setakat naik becaaa aje kat Melaka, tak apalah...

Ali: Cuba kalau Khalah habiskan masa menulis sajak hebat-hebat daripada main-main kat blog bapak, musti Khalah dah kaya... boleh beli karpet terbang... boleh bawak Ali pergi Animal Planet. Ali nak jumpa (dino)SOR...

Khalah: Akan Khalah usahakan, Ali... tak pun, bapak ternak udang galah, Khalah ternak mimpi pasrah... =D

.TAMMAT SIARAN Jam Dua Pagi.

Anonymous said...

Bang,

ada orang cakap abang balik kampung. Benarkah?

Lokman.

Anonymous said...

Selamat berpindah....

Semoga ada ruang hidup yg lbh selesa, insyaAllah...

-Naimisa

Helmy Samad said...

Salam.

En. Lokman: Kampung saya sentiasa di sini - Lembah Kelang. Saya lahir di Singapura dan dibawa menetap di Lembah Kelang semasa berumur dua minggu.

Sdra Naimisa: Amin. Terima kasih.

Emila Yusof said...

Ya...dan pastikan Chloe, Velvet dan Umar tidak berak di atas rumput tempat Ali bakal berlari...

Helmy Samad said...

Hahaha...bukankah itu satu proses menyuburkan tanah?