header-photo

Donut...

Salah satu dosa saya...Donut!

Saya "gila" donut walaupun ia tidak membantu dalam pengawalan kolesterol saya.

Donut kegemaran saya Glazzy oleh J.CO. Saya suka juga Glacier oleh Big Apple.

Cara makan:

1. Patahkan dua dan celup dalam kopi panas...satu sesi lima Glazzy/Glacier, tetapi terhad kepada sebulan sekali - kecuali jika saya benar-benar kempunan. Itupun terhad kepada dua kali sebulan.

2. Beli dan makan di rumah. Mana mungkin saya celup donut dalam kopi di khalayak ramai!

3. Dan jangan lupa makan Lipitor!

*Sejarah donut saya:

1. Bermula dengan kuih Keria.
2. Sekolah
3. Kedai kek Thrifty Supermarket.
4. Kedai kek Asia Jaya.
5. Dunkin Donut.
6. Kedai roti di 1UT (Old Wing - berhadapan TGIF),
7. Big Apple - Glacier

1 reaksi:

Emila Yusof said...

Saya tak berapa gemar donut tapi kuih keria memang saya suka. Anak saya gemar sangat donut.