header-photo

Penerbitan-penerbitan 2009/10

Wira Bukit dalam perancangan akhir dalam usaha menerbitkan lima buku. Ini termasuk novel baru Pak Samad yang di jangka siap pada suku tahun pertama 2010.

Kami juga terlibat dalam beberapa "projek" dan sedang mengemaskinikan syarikat.

Dalam usaha-usaha ini kami terpaksa "mengorbankan" beberapa "harta" syarikat seperti set lukisan-lukisan dalam Bisik Warna, manuskrip-manuskrip, koleksi buku peribadi dan juga usahasama dengan beberapa badan yang lain - termasuk di luar negara.

Saya cuma terkilan kerana pihak-pihak di luar negara seakan lebih menghargai set lukisan-lukisan dalam buku Bisik Warna dan juga manuskrip-manuskrip. Besar kemungkinan set lukisan ini akan terlepas ke sana kerana suasana di sini "suam" sahaja.

Saya tahu kelak ini akan dipersoalkan, tetapi demi "survival" syarikat, ini dengan berat hati terpaksa dilakukan. Saya juga sebenarnya kecewa kerana sifat "tidak tahu apa yang kita ada sehingga ianya tiada" itu berleluasa - erti kata lain, seni - terutama dalam dunia sastera - tidak begitu dihargai.
Kami lebih banyak menerima "feedback" dan pertanyaan dari luar berbanding dalam "halaman" kami sendiri. Walaupun ada usaha beberapa pihak (seperti ITNM), tetapi itu tidak mencukupi. Kami perlu terus melangkah ke hadapan dan ke puncak. Kami tidak boleh statik.

Dan kerana itulah, demi untuk terus maju dan bertapak, sesetengah perkara harus kami korbankan.

Terbitan 2009/10:

1. Salina
2. Dari Kabus ke Kabus
3. Bisik Warna (Bahasa Melayu) - Edisi Santai
4. Daerah Zeni
5. Sungai Mengalir Lesu
6. Wira Bukit
7. *Novel baru Pak Samad.

4 reaksi:

fadzil yusof said...

Salam

Sebelumnya puisi Pak Samad sempat saya dapati. Bisik Warna belum dapat...insyaAllah, ada versi santai.

Teruskan menerbit Wira Bukit untuk penggemar sastera

S.K said...

Salam,

Terkopaklah tahun ni...
Kata S.M Zakir, dia pun mahu terbitkan banyak-banyak-banyak...
Tu pun saya rasa macam setengah gila menantikan...

Kalau begini, saya tak boleh berhenti kerja walau jiwa merana-merana-merana...
Fikir positif, S.K... positif... positif... positif... cahaya cinta... cahaya sakti... nourrr... Fikir-fikir, Daerah Zeni ialah novel kegemaran S.K kerana melalui Daerah Zeni S.K mula mengerti... daerah zeni Pak Samad...
(Novel kesayangan tetap-tetap-tetap "Cinta Fansuri"...)

Bro, WB RAWWWKKKKKSSSS!!!!
(itu anakdidikku yang ajar, huhu...)

Jalan teruuussssss....

Wassalam.

Unknown said...

Itu RAWWWKKKKKSSSS kapak ke RAWWWKKKKKSSSS loncatan? :p

S.K said...

Bro, bukan ke, para pencinta batu ada mengatakan bahawa batu tidak akan mati...?

Ironis sungguh!
=D

Batu yang itu lah...

Yang tak semati hati yang membatu...

Hmmm, teringat sajak S.K yang lama, Aneh Lazri Meon, tentang siapa yang lebih mati, tunggul atau Lazri Meon... terilham dari Daerah Zeni... hmmm, mana nak cari sajak lama tu...

Wassalam.