Dua jam...
atas meja ada lima gelas kosong dan mamak (sekoh) ni setiap dua minit datang tanya samada aku nak pesan apa-apa - sungguh cekap dan efisyen (nak suruh blah).
Dua jam satu minit...
tekak aku dah loya dengan teh tarik. Rokok pun sama. Dan dalam aku loya dan mula sakit kepala, mamak (sekoh) ni datang lagi. Aku senyum dan menggeleng. Dia blah.
Dua jam tiga minit...
telefon aku berbunyi...
Dia: Dude, sorry. Aku tak dapat datang. Sangkut kat office. Ada dateline.
Aku: Errr ok...
Dia: Ok, catch you some other time. Salam.
Aku: Salam.
Dua jam empat minit...
Aku: Salam. G kau ada mana?
G: KD...
Aku: Jomlah teh tarik!
G: Kat mana?
Aku: Biasa.
G: Ok, 5 minit.
Aku lega. Tersenyum. Sebenarnya aku datang kedai mamak ni tak bawa duit...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 reaksi:
Salam bang,,,,
sengaja ka tak sengaja? hehehehe
Salam.
Tak sengaja. Selepas G datang, saya suruh tunggu sebentar. Balik rumah ambil duit...
Hehehehehehe.....kah!kah!kah!
(isteri kat sebelah dah mula hairan,suaminya gelak sorang-sorang).
Salam.
Nasib anda jauh, klu tak dah lama saya ajak minum teh tarik...
hahahaha...
lawak lar ankel nie...
bley plak tak bw duit?
Tertukar seluar daaaa...
Post a Comment