header-photo

Merapu...

Orang bercakap - mereka ada mulut dan lidah. Juga ada akal dan jari. Itu biasa, tetapi mengapa mereka bercakap? Dan yang saya sedar, ini adalah kerana mereka ada akal untuk berfikir. Erti lain, berfikir itu bercakap. Lantas manusia berevolusi - dari Nabi Adam a.s - seorang - hingga kita di masa ini - sekitar 7 billion.

Saya sedang baring di tilam ini. Dalam bilik berselerak ini. Dalam kepala bermacam yang timbul. Ada soal dunia. Ada soal akhirat. Sememangnya bila usia begini, bila sakit, soal mati timbul. Soal bekal timbul. Soal dosa-dosa lampau akan timbul. Saya akan jejaki silam. Mengingati satu-satu peristiwa yang masa itu enak, tetapi kini tidak. Emak, bapak, adik-beradik, anak-anak, nenek-nenek, datuk-datuk, bekas-bekas isteri dan teman wanita, sahabat-sahabat dari zaman anak-anak semua datang. Saya bayangkan semasa saya di dalam kubur keseorangan...

Ini semua terjadi semasa saya terlantar demam di atas tilam, di dalam bilik yang berselerak ini. Bila teringatkan kucing, saya akan ke bawah, bersihkan tempat mereka, ganti pasir, air minuman dan tambah makanan. Bila teringatkan soal nafkah, saya buat entri-entri di blog dan mukabuku untuk jual buku-buku. Juga hubungi sana dan sini untuk urusniaga buku juga. Dan terkadang ada yang hubungi minta selesaikan sesuatu - soal tidak puas hati, hutang dan luahan hati.

Lihat, jika anda fikir seseorang yang terlantar demam seperti saya hanya terlantar bergelut dengan sakitnya saja, itu tidak benar. Saya masih lagi ada mulut, lidah, jari dan akal. Saya akan bercakap-cakap selagi mampu...dan kerana itulah anda kini membaca entri saya yang merapu ini. Maafkanlah saya yang tidak sihat ini ya ;)
*Selain dosa, ini yang mampu menitiskan airmata saya...

4 reaksi:

-gedek! said...

Manny boleh menitiskan air mata? Wow! (blur)

Helmy Samad said...

Haha tuan...Manny akan berada di pawagam bulan ini!

Anonymous said...

May Allah bless you always sir. :)

Helmy Samad said...

Thank you Anon. May Allah bless you too :)