header-photo

Ramadhan...

Ramadhan membawa pelbagai cabaran dan dugaan. Bila ke Pasar Ramadhan, selalunya akan berbelanja lebih dan ada kemungkinan tiba ke peringkat membazir. Ada juga juadah/lauk yang terbuang walaupun dibuat sahur. Ini telah saya lalui.
Kini saya lebih suka meninjau dahulu. Berjalan dari hujung ke hujung dan bertanya selera sendiri. Menunya seakan begini: 

Saya akan buka puasa dengan kurma, air panas (air mati atau teh 0) dan bubur atau kuih - selalunya bubur chacha atau serawa durian atau kuih lopes.

Selepas terawih baru saya makan - selalunya nasi berlauk.

Sahur nasi dan baki lauk.

Saya tidak suka sangat pergi buffet buka puasa kerana saya memang makan sedikit. Apapun doa saya agar Ramadhan ini lebih baik buat saya (dan pembaca) dari yang lalu. Selamat Ramadhan!

4 reaksi:

Anonymous said...

Assalamualaikum Sdra Helmi,

Saya suka baca blog Sdra...ringkas tapi dalam maknanya dan comey juga :))

Helmy Samad said...

Salam.

Terima kasih.

HAdira Kifly said...

Menu kamu sama seperti menu saya. :)

Helmy Samad said...

:)