header-photo

Jubah...

Saya sedar, di Ampang - tempat saya tinggal kini, ramai warga tempatan memakai jubah. Ini sangat ketara terutama selepas solat terawih di sekitar Ampang Point. Sedia maklum juga sekitar Ampang Point ini sudah menjadi "port" santai warga-warga Arab. Saya tidak tanya mengapa mereka hijrah ke sini, tetapi mereka nampak selesa. Kehadiran mereka jelas dengan kedai-kedai perniagaan mereka yang kini tumbuh segar seperti di Ampang Point, Bukit Bintang, Subang Jaya dan dengar cerita di Putrajaya juga.

Berbalik kepada jubah, bagi saya yang sudah biasa memakai "jeans", memakainya membuat saya rasa seperti pakai "skirt" pada permulaannya. Pergerakan agak terbatas. Langkahan perlu tidak besar sangat dan bila duduk perlu "adjust" beberapa kali. Itu permulaannya. Kini, saya kira saya ada sekitar 6-7 jubah - yang dihadiahkan dan juga yang dibeli dan saya mula selesa menggunakannya. Memakai jubah tidak membuat saya menjadi "arab". Samalah bila saya pakai "jeans" atau kot atau tali leher - ia tidak buat saya jadi orang barat. Saya tetap saya.

Apa yang cuba saya katakan di sini adalah kini lelaki ada satu lagi cabang dalam fesyen pakaian. Dahulu agak susah hendak cari dan membeli jubah ini. Kini sangat berlainan. Dahulu jubah dikaitkan dengan orang yang kuat beragama (di Malaysialah), kini lelaki seperti saya pun pakai...


..dan lagi satu yang menarik perhatian saya adalah wanita sangat suka apabila suami atau temannya berjubah. Mengapa ya?

*Jubah apa yang anda suka?

2 reaksi:

mia said...

saya baru terfikir tentang isu jubah lelaki. nak nak dalam bulan puasa ni ramai lelaki yang berjubah. saya sebagai seorang anak muda perempuan amat gemar melihat lelaki berjubah, terutamanya lelaki muda. sekarang fesyen jubah banyak menerima pengaruh barat seperti jubah hoodie dan jubah kain jeans. tapi bagi saya ianya hanyalah revolusi fesyen dan tiada salahnya. jubah tak membuatkan sesiapa pun menjadi orang lain. yang melayu tetap melayu, bahkan ianya lebih dari pakaian bangsa.

Anonymous said...

mengiurkan ^_^