Cuaca seperti yang sepatutnya. Panas terik dan saya kira lewat petang akan diredakan oleh hujan. Air dirumah sudah empat hari berterusan tidak dicatu. Namun disebelah bawah (Taman Watan) masih setia mengikut jadual catuan. Saya rasa bertuah.
Hari ini hari lahir Ali dan kebetulan giliran saya menjemputnya dari sekolah. Dia sudah besar sebenarnya dan ada pemikirannya yang tersendiri
Sebaik bertemu mata, dia akan meminta perkara yang biasa; "French Fries, Chocolate Sundae dan Happy Meal (mainannya). Ini rutin setiap kali saya menjemputnya. Saya tidak habiskan masa yang lebih dengannya walaupun hari ini hari lahirnya. Saya seorang bapa yang dalam krisis pertembungan rasa. Saya mengaku. Salah saya. "Bad Dad". Sebaik sampai rumahnya, saya ada memberinya sesuatu dan membisikkan sesuatu padanya dan dia seperti biasa menyatakan apa yang biasa dia kata setiap kali kami dalam adengan begini dan berlalu pergi. Ada sesuatu menusuk lubuk jiwa saya, tetapi saya tidak layan.
Hari ini cuaca bekerja seperti biasa. Terik panas dan kemudian hujan menyejukkan. Rutin. Seperti apa yang sepatutnya.
Dan menjadi begitu (rutin) terhadap Ali benar buat saya rasanya saya seorang bapa yang lemah.
#Entri Z10
Rasa...
Hari ini saya rasa sayu dan sedih sepanjang masa entah mengapa. Rasa dalam jiwa sangat kuat kepada Ali - anak yang saya kira sangat bertuah, tetapi bapanya semakin jauh entah mengapa.
Mahu saja bercerita panjang meluahkan apa saja dalam jiwa agar mungkin rasa ini berlalu pergi, tetapi ini sesuatu yang suci dan personal.
Jadi biarlah saya merasai rasa-rasa begini. Ini jalan yang harus saya lalui...
*Entri dari Z10.

Air...
Sudah lebih sebulan rasanya (mungkin lebih) saya melalui rutin menyimpan air dalam catuan yang dikenakan. Catuan air dua hari ada dan dua hari tidak ada ini (Selangor, negeri lain bercatu juga tetapi saya tidak tahu bagaimana jadualnya) tidak sangat menimbulkan masalah pada saya malah membuat saya berdisiplin dalam penggunaannya. Kini saya ada senarai pendek bila cuci pakaian atau apa yang perlu dicuci seperti kasut dan bekas-bekas, mandikan kucing dan bila mula menyimpan air - ini saya lakukan pada malam esoknya akan dicatu. Hari pertama ada air tidak saya gunakan sangat kecuali untuk tempat buang air besar. Ini kerana air di hari pertama seakan berkeladak dan nampak berminyak. Jadinya soal catuan air ini tidaklah sangat membebankan saya jika jadual itu tidak terganggu. Lagi pun saya seorang sahaja di sini.
Dan bercakap soal air ini, agak ramai merasa pelik kerana hujan yang setia turun hampir setiap hari tidak mengubah keadaan. Agak ramai merungut. Agak ramai menyoal dan agak ramai marah. Ini jelas dalam dinding-dinding FB, kicauan dan media-media. Saya bukanlah hendak pertahankan atau memperlekehkan pihak yang mengurus air - kerajaan pusat, kerajaan negeri dan syarikat pengurusan air, tetapi sebagai pentadbir, mereka perlu bertanggungjawab. Kemarau yang menyebabkan catuan, sungai yang tercemar, rumah-rumah pam yang uzur serta paip-paip saluran yang sudah melepasi tempoh hayatnya dan hujan yang tidak jatuh di tempat tadahannya menyumbang atas apa yang kita lalui ini. Sebagai pengguna jalan mudah adalah seperti apa yang berlaku kini. Saya belum berjumpa lagi insan yang bersyukur kerana atas kejadian ini ada positifnya. Apa yang kita tahu, kita bayar - untuk air dan cukai - dan kita patut dapat apa yang dibayar. Ini senario bekal dan permintaan. Kita juga sebenarnya bersalah kerana bila bekalan air itu ada, kita bazir dan tidak kisah - terutamanya rakyat Selangor yang ada nilai air RM20 percuma. Ertikata lain, "we take things for granted" (maaf berbahasa Inggeris kerana tulisan ini spontan).
Saya berdoa agar saya mulai waktu sebegini mula menghargai air dan tidak membazir. Saya juga harap kerajaan baik pusat dan negeri menjalankan tugas dengan lebih baik dari ini. Saya juga harap yang uzur dan yang sudah luput hayatnya itu diganti - bukan dengan wang rakyat kerana syarikat ini untung membekal air, tetapi mahu kerajaan tanggung kos ganti dan baiki?
Melihat suasana kini di luar kafe yang baru teduh, saya sangat merindui bermain hujan...mungkin akan saya lakukan jika hujan malam ini di Ampang.

Kafe...
Saya memang seorang penggemar kopi. Saya juga seorang yang menjalankan perniagaan secara kecilan tanpa ada pejabat. Dengan kerana itu, kafe memanglah menjadi tempat saya bekerja sambil menikmati kopi. Teringat dahulu semasa saya ada pejabat. Saya ada satu ruang di mana disediakan kelengkapan membuat kopi dan tidak lupa teh buat yang tidak gemar kopi. Waktu itu ada beberapa rakan yang selalu berkunjung dan kami menikmatinya - kopi dan apa saja yang dibualkan. Sama juga dengan saya, dari dahulu hingga kini, saya amalkan berkerja dengan menikmati kopi. Jadinya pada saya, kafe itu penting. Suasananya dengan tambah nilai seperti wi-fi, kopi yang enak, lokasi (senang seperti mudah diakses dan mudah memakir serta permandangan yang sibuk - aneh bukan?) dan pekerjanya yang ramah akan saya jadikan keutamaan.
Jadinya sudah lebih tiga tahun di kafe ini. Permulaannya adalah di Subang Parade. Saya menghasilkan banyak karya di sana seperti Orang Tua Itu (OTI) dan Kau & Aku I, II dan III. Waktu itu saya seorang bapa tunggal - seperti sekarang. Selepas saya berkahwin, lokasi saya kerap di kafe The Curve. Tidak banyak karya signifikan di sini kerana saya agak sibuk dengan kerja. Dan selepas sekali lagi ternobat bapa tunggal, kafe kini menjadi pilihan. Di sini saya cuba menulis kembali, tetapi agak payah dan kata-kata (perkataan dan ritma) tidak begitu menjadi. Saya sangat minat menulis dan ini sangat meresahkan saya. Saya tahu kehidupan saya banyak rintangan. Mungkin ini faktor, tetapi dahulu pun sama dan terhasil OTI dan K&A. Suasana? Entah. Tiba-tiba saya teringatkan beberapa applikasi di dunia maya. Saya lihat pos-pos saya. Saya lihat masa-masa yang diluangkan. Saya lihat blog ini dan akhirnya, saya berhenti dari beberapa applikasi yang sangat mengambil masa saya dan berikan tumpuan lebih kepada blog. Saya harap apa yang hilang, terjumpa dan harap dapat menemui kata-kata dan ritma menulis itu. Membaca dan menulis. Itu penting buat saya.
Namun, saya perlu mencari kafe lain tidak lama lagi atas sebab-sebab peribadi. Dan saya mula rasa nostalgia dengan masa saya selama lebih tiga tahun di sini.

Pelepasan...
Hari ini hujan turun lebih awal. Rasanya tilam berkali memanggil setiap kali saya melihatnya. Air di paip tidak ada - semalam dan hari ini. Esok baru ada kembali jika ikut jadual. Hujan semakin lebat. Jam di tangan baru menunjukkan pukul 11 pagi. Ada sesuatu tentang hujan. Ia membuat saya lapar. Saya masih duduk merenung luar jendela. Tertangkap memori semalam. Nenek saya meninggal. Dia berumur 99 tahun. Semoga Allah mengampuni dosanya dan dia tergolong dalam umat yang beruntung di sisi Allah yang Maha Pengasih. Hujan masih setia. tiada kilat atau guruh. Ia jatuh terus ke bumi dan saya tersedar dari semalam saya belum makan. Patutlah lapar. Berdikit peristiwa lalu datang, tapi saya rasa tidak penting. Jadinya yang datang itu tidak saya tahan. Biar ia lalu kerana lapar itu dominan.
Saya: Bro sudah makan?
Rahmat: Belum...
Saya: Jomlah...
Dia kelihatan sedikit gelisah.
Saya: Aku ada sedikit duit ni. Jomlah.
Dia gegas bersiap.
Situasi ini melontar saya ke peristiwa semalam selepas pengkebumian nenek. Saya tertinggal beg di tanah perkuburan. Lantas saya berpatah balik. Semuanya masih ada. Cuma duitnya tidak ada. Tidak apalah bisik hati cuba menyedapkan diri. Pahit sebenarnya, tetapi saya cuba lihat positifnya.
Rahmat: Ok bang jom.
Saya: Jom...
Di kedai makan bawah ini (hujung jalan rumah) kami tidak banyak bercakap. Sesekali saya ber"WhatsApp" dengan kumpulan Jejaka Manis - saya, Arafat dan Shahrul. Masing-masing pos gambar makanan tengahari mereka. Shahrul dengan nasi berlaukkan sotong - RM14.50. Arafat dengan Nasi Ganjanya - sotong, gulai kambing dan teh "O" ais RM5 dan saya dengan nasi, sayur dan ikan kembung bakar bersama Nescafe Tarik - RM4.50. Shah Alam tidak murah berbanding Ampang - bahagian "Ghetto", tempat tinggal saya. Saya rasa bersyukur dapat makan dalam suasana yang tidak senang sebenarnya.
Begitulah kehidupan. Lagi pula dengan kehidupan seperti saya. Boleh tahan tanggungjawab, tetapi begitulah susunan hidup buat saya. Saya terima dan hadapi.
Hujan masih lebat semasa saya dalam bilik mahu bersiap keluar mencari talian internet percuma di kafe - Alhamdullilah masih ada minuman percuma. Allah ya Rabb tidak jemu memberi rahmat dalam apa jua situasi insanNya walau mereka yang dipertanggungjawabkan masih bermain sebab mengapa paip ini kering. Biarlah. Itu soal mereka yang kelak disoal.
Kini saya di kafe - 3.40 petang. Hujan sudah berhenti. Sedikit nikotina dan kafeina. Saya merenung jauh sebalik dinding gelas ini dan bertanya, "Apakah yang tersedia buat saya?".
*Pelepasan adalah catatan lima minggu sebelum hidup saya berhijrah ke alam lain.

Akhirnya....
Awal pagi saya akhirnya ambil keputusan untuk "bersara" dari FB. Perkara ini sudah agak lama saya fikirkan sebenarnya. Saya begitu rasa saya membuang masa dengannya - ini rasa saya dan tidak bermaksud saya menyatakan yang sama kepada rakan lain kerana pengguna lain menggunakannya dengan cara lain atau niat lain. Mempunyai telefon pintar juga tidak membantu buat saya. Jadinya untuk mempunyai masa untuk perkara-perkara realiti lain ini jalan yang terbaik buat saya. Saya juga sangat merindui untuk "menulis" semula sebenarnya.
Akaun ini masih wujud untuk urusan penggendalian FB Pak Samad dan sesekali apabila saya buat entri baru di blog akan muncul di status melalui twitter (applikasi pertama yang saya hentikan hampir 100% kecuali apabila membuat entri di blog dan di mesej). Saya juga boleh dimesej dan ditambah sebagai kawan. Saya juga boleh diikuti melalui "BBM Channel" Luluhkan Hatiku - "barcode" atau nombor BBM ada di sebelah kanan atas blog ini.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua. Semoga Allah yang Maha Esa merahmati dan berikan yang terbaik buat kita semua. Amin.

Luggage...
Minggu yang agak menarik. Saya tidak sedar ada perang berlaku di belakang saya dan apabila sedar, bila debu berdikit menyembah bumi, banyak perkara juga yang ketinggalan. Namun, perkara yang lepas - walaupun masih diperkata - saya - seperti biasa - tidak layan sangat. Ini memang saya dan sebab inilah juga terkadang saya terlontar dalam alam ketidakpuasan orang lain.
Jadinya ada orang mahu membantu dengan berurusan dengan pihak yang lain. Saya dapat tahu dan suruh dia hentikan. Tetapi mungkin atas gelora diteruskan jua dan berlakulah pertikaman lidah - setahu saya dan berlaku dibelakang saya. Hal ini sebenarnya sudah saya tulis dalam blog. Saya nyatakan halal. Noktah. Tersimpan kemas jauh dalam lubuk hati. Dan kerana ini berlaku, saya tidak boleh ambil sikap lepas tangan. Saya perlu bertanggungjawab dan kini saya nyatakan bahawa jika ada apa-apa yang saya terhutang, mohon senarai dan in shaa Allah saya selesaikan Saya semudah ini. Hidup tidak perlukan "luggage" yang tidak berfaedah buat saya - hutang, bukan orangnya ya.
Dan bercakap tentang "luggage", hari itu ada seorang kawan menghubungi...
Dia: Bro, lu ada beg besar tak?
Saya: Beg besar?
Dia: Ya, gua nak pergi Golok.
Saya: Golok?
Dia: Ya, Golok.
Saya: Buat apa?
Dia: Adalah...
Saya: Pergi Golok bawa beg besar?
Dia: Pergi dengan bakal bro...
Saya: Bakal?
Dia: Saya nak nikah kat sana...
Dia ini sudah berkahwin. Anak ada. Tetapi, bila ke Golok untuk bernikah satu lagi...ini "luggage". Buat siapa? Fikirkanlah.

Nota Diri...
Sudah lebih lapan tahun saya buka blog ini. Sebelum ini saya menulis catatan kehidupan di merata laman maya. Akhir ini, mungkin sejak setahun ini saya amat kurang mengemaskini blog saya ini. Konflik kehidupan. Saya akui.
Ada masanya saya di jalan yang tiada persimpangan. Dan jika ada pun simpang yang kecil. Namun sejak setahun yang lalu saya tiba di satu persimpangan yang bakal ubah kehidupan saya. Kehidupan statik, tiada arah buat saya begini. Saya tidak berganjak dari persimpangan ini. Berkeputusan, tetapi tidak berganjak. Jadiny saya seakan dalam "limbo". Bergantungan tanpa arah. Semuanya spontan. Semuanya tanpa sasaran atau destinasi khusus.
Jadinya saya di sini. Menerima apa saja yang datang. Ada yang melukakan. Ada yang menggembirakan. Tapi, saya masih di sini. Melihat kehidupan dan sesekali cuba menggembirakan yang di sekeliling kerana kepada saya jika sekeliling saya positif, saya positif. Itu saja. Masalah.
Tidak lama lagi hidup saya ini akan berubah in shaa Allah dan saya tidak boleh begini. Saya perlu fikirkan beberapa perkara. Perkara yang asas dalam kehidupan. Hanya beberapa hari yang lalu saya ditegur tentang tanggungjawab saya kepada anak. Benar, saya sangat ketinggalan dalam soal ini. Akur. Namun, saya tahu dalam lubuk hati, saya berikan segalanya kepada soal ini setakat yang saya mampu dan ini menimbulkan juga persoalan lain.
Hidup memang begini. Lebih lagi berusia begini dengan status begini. Setiap malam sebelum melelapkan mata, saya impikan yang indah-indah buat mereka ini, termasuk diri saya - doa penutupnya.
Saya harap kali ini laman ini hidup segar kembali dengan catatan kehidupan saya. Semoga saya memilih jalan yang betul dan tidak lagi menanti di persimpangan ini. In shaa Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)