Awal pagi saya akhirnya ambil keputusan untuk "bersara" dari FB. Perkara ini sudah agak lama saya fikirkan sebenarnya. Saya begitu rasa saya membuang masa dengannya - ini rasa saya dan tidak bermaksud saya menyatakan yang sama kepada rakan lain kerana pengguna lain menggunakannya dengan cara lain atau niat lain. Mempunyai telefon pintar juga tidak membantu buat saya. Jadinya untuk mempunyai masa untuk perkara-perkara realiti lain ini jalan yang terbaik buat saya. Saya juga sangat merindui untuk "menulis" semula sebenarnya.
Akaun ini masih wujud untuk urusan penggendalian FB Pak Samad dan sesekali apabila saya buat entri baru di blog akan muncul di status melalui twitter (applikasi pertama yang saya hentikan hampir 100% kecuali apabila membuat entri di blog dan di mesej). Saya juga boleh dimesej dan ditambah sebagai kawan. Saya juga boleh diikuti melalui "BBM Channel" Luluhkan Hatiku - "barcode" atau nombor BBM ada di sebelah kanan atas blog ini.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua. Semoga Allah yang Maha Esa merahmati dan berikan yang terbaik buat kita semua. Amin.
2 reaksi:
selamat maju jaya bang - iamnadzirin
Saya suka bila blog ini kembali aktif. Selamat Mau Jaya - sahabat FB.
Post a Comment