header-photo

Kafe...

Saya memang seorang penggemar kopi. Saya juga seorang yang menjalankan perniagaan secara kecilan tanpa ada pejabat. Dengan kerana itu, kafe memanglah menjadi tempat saya bekerja sambil menikmati kopi. Teringat dahulu semasa saya ada pejabat. Saya ada satu ruang di mana disediakan kelengkapan membuat kopi dan tidak lupa teh buat yang tidak gemar kopi. Waktu itu ada beberapa rakan yang selalu berkunjung dan kami menikmatinya - kopi dan apa saja yang dibualkan. Sama juga dengan saya, dari dahulu hingga kini, saya amalkan berkerja dengan menikmati kopi. Jadinya pada saya, kafe itu penting. Suasananya dengan tambah nilai seperti wi-fi, kopi yang  enak, lokasi (senang seperti mudah diakses dan mudah memakir serta permandangan yang sibuk - aneh bukan?) dan pekerjanya yang ramah akan saya jadikan keutamaan.

Jadinya sudah lebih tiga tahun di kafe ini. Permulaannya adalah di Subang Parade. Saya menghasilkan banyak karya di sana seperti Orang Tua Itu (OTI) dan Kau & Aku I, II dan III. Waktu itu saya seorang bapa tunggal - seperti sekarang. Selepas saya berkahwin, lokasi saya kerap di kafe The Curve. Tidak banyak karya signifikan di sini kerana saya agak sibuk dengan kerja. Dan selepas sekali lagi ternobat bapa tunggal, kafe kini menjadi pilihan. Di sini saya cuba menulis kembali, tetapi agak payah dan kata-kata (perkataan dan ritma) tidak begitu menjadi. Saya sangat minat menulis dan ini sangat meresahkan saya. Saya tahu kehidupan saya banyak rintangan. Mungkin ini faktor, tetapi dahulu pun sama dan terhasil OTI dan K&A. Suasana? Entah. Tiba-tiba saya teringatkan beberapa applikasi di dunia maya. Saya lihat pos-pos saya. Saya lihat masa-masa yang diluangkan. Saya lihat blog ini dan akhirnya, saya berhenti dari beberapa applikasi yang sangat mengambil masa saya dan berikan tumpuan lebih kepada blog. Saya harap apa yang hilang, terjumpa dan harap dapat menemui kata-kata dan ritma menulis itu. Membaca dan menulis. Itu penting buat saya.

Namun, saya perlu mencari kafe lain tidak lama lagi atas sebab-sebab peribadi. Dan saya mula rasa nostalgia dengan masa saya selama lebih tiga tahun di sini.

0 reaksi: