header-photo

Luggage...

Minggu yang agak menarik. Saya tidak sedar ada perang berlaku di belakang saya dan apabila sedar, bila debu berdikit menyembah bumi, banyak perkara juga yang ketinggalan. Namun, perkara yang lepas - walaupun masih diperkata - saya - seperti biasa - tidak layan sangat. Ini memang saya dan sebab inilah juga terkadang saya terlontar dalam alam ketidakpuasan orang lain.

Jadinya ada orang mahu membantu dengan berurusan dengan pihak yang lain. Saya dapat tahu dan suruh dia hentikan. Tetapi mungkin atas gelora diteruskan jua dan berlakulah pertikaman lidah - setahu saya dan berlaku dibelakang saya. Hal ini sebenarnya sudah saya tulis dalam blog. Saya nyatakan halal. Noktah. Tersimpan kemas jauh dalam lubuk hati. Dan kerana ini berlaku, saya tidak boleh ambil sikap lepas tangan. Saya perlu bertanggungjawab dan kini saya nyatakan bahawa jika ada apa-apa yang saya terhutang, mohon senarai dan in shaa Allah saya selesaikan Saya semudah ini. Hidup tidak perlukan "luggage" yang tidak berfaedah buat saya - hutang, bukan orangnya ya.

Dan bercakap tentang "luggage", hari itu ada seorang kawan menghubungi...

Dia: Bro, lu ada beg besar tak?
Saya: Beg besar?
Dia: Ya, gua nak pergi Golok.
Saya: Golok?
Dia: Ya, Golok.
Saya: Buat apa?
Dia: Adalah...
Saya: Pergi Golok bawa beg besar?
Dia: Pergi dengan bakal bro...
Saya: Bakal?
Dia: Saya nak nikah kat sana...

Dia ini sudah berkahwin. Anak ada. Tetapi, bila ke Golok untuk bernikah satu lagi...ini "luggage". Buat siapa? Fikirkanlah.

0 reaksi: