Kerja-kerja penerbitan 3 buku Edisi Seni Warisan Melaka untuk tahun 2007 telah bermula September yang lalu. Untuk yang tidak mengetahui, Kerajaan Negeri Melaka bersetuju memberi dana untuk penerbitan 3 buah buku setiap tahun selama tiga tahun bermula tahun ini.
Seperti yang diketahui, 3 buah buku Edisi Seni Warisan Melaka untuk tahun ini adalah "Rindu Ibu", "Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri" dan "Ilham Di Tepi Tasik". Disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak mungkin diberitahu, buku-buku tersebut terpaksa dijual dengan harga yang agak tinggi walaupun didanai. Dan lahir rasa tidak puas hati dan kegelisahan pada diri saya dan Pak Samad (dan peminat sastera juga). Kami mencari jalan dan cara bagaimana untuk "menurunkan" harga-harga buku kami. Buku-buku terbitan Wira Bukit perlu "unik" dan berkualiti tinggi, tetapi menjualnya dengan harga melebihi RM40 agak merisaukan kami. Cita-cita dan sasaran kami, unik berkualiti - kulit keras - kertas bebas asid atau kitar semula - dan dijual di antara RM30-35. Ini disusuli dengan Edisi Santai yang dijual bawah RM15. Itu cita-cita kami...dan saya rasa cita-cita itu mula terbentuk dan mampu dizahirkan.
Tahun hadapan, "Rumah Rahsia", "Daerah Zeni" dan "Dari Salina Ke Langit Petang" akan dicetak di bawah Edisi Seni Warisan Melaka. Dari pengalaman lalu, kami agak bersedia kali ini dan ketiga-tiga buku ini dijangkakan siap sebelum awal Februari 2007.
Kami tidak berhenti di situ saja. "Cinta Fansuri" dan mungkin 2 lagi karya akan menyusul. Kalau ini berlaku, ia melengkapkan cita Wira Bukit untuk menerbitkan 6 buah buku setiap tahun. Dan kalau ini berlaku, saya pasti ada perubahan pada struktur pengurusan Wira Bukit - perlu lebih pekerja dan perlu pejabat dan setor.
Saya juga terbayangkan kerjasama dengan DBP dalam beberapa penerbitan. Ini telah berlaku dengan penerbitan buku "Rindu Ibu" Edisi Sasterawan Negara - jambatan telah di bina! Kini saya mendapat tahu ada "orang baru" yang mengetuai bahagian penerbitan dan saya dengar dia mahu bekerjasama dengan Wira Bukit. Mungkinkah "Salina", "Hujan Pagi" dan "al-Amin" akhirnya akan dicetak semula dengan nafas baru? Jika berlaku, ia sesuatu yang positif - jika ia berlaku...risau saya hanya "orang baru" yang "panas tahi ayam" - kita dalam dunia sastera Melayu telah berulang dikhianati. Harap kini dihormati.
Bermula tahun hadapan, buku-buku Pak Samad terbitan Wira Bukit juga akan ada "cap" berupa tandatangan Pak Samad. Ini seakan memberi nilai tambahan dan membezakan buku-buku terbitan Wira Bukit dengan penerbit yang lain. Saya perlu minta nasihat Nisah tentang perkara ini.
Saya harap dan berdoa semuanya berjalan seperti yang dirancang. Doakan usaha kami ini ya!
*Rindu Ibu versi Jawi - siapa dapat membantu?
MITI wants DC chargers in all Selangor, Johor districts
56 minutes ago
7 reaksi:
Dude,
Jika ditakdirkan Salina, Hujan Pagi, al-Amin diberi nafas baru oleh DBP dan aku yang kena design kulit luarnya - kau perlu minum teh tarik dengan aku, dude! Kita perlu bincang untuk melahirkan cover yang paling kreatif best tahap dewa!
Hahahah...jika ditakdirkan DBP saja yang nak terbitkan, kau perlu duduk dengan Datuk Johan dan Dato Dr Firdaus!
Jika diberi pada Wira Bukit, kita perlu ke synflex, panadol, kafeina dan nikotina...heheheh
sinaganaga - memang ada satu buku ni yang perlu pereka bentuk...
Dude,
Kita berhari raya dululah. Puasa-puasa ni tak ada idea yang gila-gila kos kurang nikotina. He he.
Apa2hal - email aku!
Salam.
Hahahha dah demam raya eh?
Selamat Hari Raya!
Alhamdulillah harga buku lebih murah. Saya nak komen dulu/hari tu, takut dicap berkira sangat nak beli karya Pak Samad.
Tapi moleklah tu kalau ada Edisi Kulit Keras dan Edisi Santai. Kini pembaca ada pilihan untuk membeli.
Saya tak pernah jemu membaca karya Pak Samad.
Salam.
Ya, saya sedar akan perkara ini. Kini sedang berusaha agar setiap karya Pak Samad yang kami terbitkan akan ada 2 edisi - kulit keras & santai. Pasaran buku "sastera" kecil - buku dicetak sedikit lantas kos cetakan itu tinggi.
Sebaiknya saya iringkan sekali dengan cetakan lain yang kebetulan mendapat "kontrak" atau dana - seperti buku Rindu Ibu edisi santai ini.
Cita jangka panjang 3 edisi - kulit keras, santai & jawi...
mahu cari penulis untuk edisi jawikah?
saya berminat.... jawi tu, kira bolehlah!
Post a Comment