Kakak saya seorang guru yang mengajar sains di sekolah rendah. Saya belum lagi mendengar dia mengeluh tentang implikasi mengajar Sains dalam BI, tetapi dia sering mengeluh tentang sikap ibu dan bapa pelajarnya.
Kakak saya memberi tuisyen di rumah dan kerana rezekinya baik dia terpaksa melakukannya 7 hari seminggu dan "memilih" pelajarnya.
Tidak, dia bukan seperti pusat-pusat tuisyen yang hanya memilih pelajar-pelajar pintar (agar statistik memihak mereka). Dia memilih pelajar-pelajar yang "lemah" dalam Sains.
Namun, kelas tuisyennya dibanjiri oleh pelajar-pelajar bukan Melayu. Ibu dan bapa pelajar-pelajar ini akan datang ke rumah, memujuk dan memaksa kakak saya mengajar anak mereka...walaupun anak-anak mereka tidak tergolong dalam pelajar-pelajar yang "lemah" dalam matapelajaran sains. Adalah beberapa kerat ibu dan bapa pelajar berbangsa Melayu yang mempunyai sikap begitu, tetapi majoritinya tidak.
Benar, kakak saya mengenakan bayaran, tetapi kakak saya ada juga menyediakan kelas tuisyen percuma bagi anak-anak Melayu ini...
"Saya sibuk dan tak ada masa menghantar anak saya..." "Cikgu tidak bolehkah datang rumah..." "Dia ok dalam sains..."
Antara alasan-alasan "absurb" yang kakak saya terima.
Dari mula dia memberi tuisyen - lebih 20 tahun - hingga kini, impian kakak saya memberi tuisyen kepada pelajar-pelajar bangsanya hanya terisi dalam 10-15% sahaja sedangkan peratusan pelajar berbangsa Melayu di sekolahnya hampir 60%.
Pendapatan tuisyennya lumayan...tetapi Tuhan saja yang tahu kekecewaannya...
3
reaksi:
Anonymous
said...
biras saya seorang guru sains. cerita ini adalah cerita dia juga. cuma berbeda sedikit.
Masa sekolah menengah dulu, guru Kimia saya mengajar dalam Bahasa Inggeris walaupun buku teks adalah dalam Bahasa Melayu. Ada yang faham dan ada yang tidak. Kebanyakannya tidak. Saya masih ingat frustrasi seorang guru Bahasa Inggeris apabila setiap soalan yang ditanya hanya akan ada dua orang sahaja yang akan menjawab; saya dan seorang budak India.
“Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” [HR. Bukhari dan Muslim].
Di Atas Padang Sejarah
Antologi Puisi Perjuangan - Akan mula dijual akhir Februari 2013
Salina
Draf Akhir
Salina
Edisi Terhad
Salina
Naskhah Popular - kulit lembut
68 Soneta Pohon Ginkgo
RM40 Semenanjung Malaysia RM45 Sabah/Sarawak (Harga termasuk penghantaran melalui Poslaju) Setiap naskhah ditandatangani Pak Samad Emel: helmysamad@gmail.com untuk dapatkannya!
3 reaksi:
biras saya seorang guru sains. cerita ini adalah cerita dia juga. cuma berbeda sedikit.
Salam.
Masa sekolah menengah dulu, guru Kimia saya mengajar dalam Bahasa Inggeris walaupun buku teks adalah dalam Bahasa Melayu. Ada yang faham dan ada yang tidak. Kebanyakannya tidak. Saya masih ingat frustrasi seorang guru Bahasa Inggeris apabila setiap soalan yang ditanya hanya akan ada dua orang sahaja yang akan menjawab; saya dan seorang budak India.
hm...
jika semua orang mahu mengajar orang yang pintar, orang yang kurang pintar pula bagaimana?
penyelewengan ilmu.
Post a Comment