header-photo

Kampung Buku Malaysia - Melaka

Atas inisiatif Kerajaan Negeri Melaka dan dengan kerjasama Yayasan Kampung Buku Malaysia, akhirnya Kampung Buku Malaysia dihidupkan semula - kali ini di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka.

Sedia maklum dahulu Kampung Buku Malaysia ini di Langkawi, Kedah, tetapi atas sesuatu sebab - hanya mereka yang terlibat mengetahui - ia ditutup.

Perkara ini seingat saya telah diperbincangkan semenjak lewat 2005 lagi. Waktu itu beberapa pegawai Perbadanan Muzium Melaka meminta pandangan Pak Samad mengenainya. Tentu saja, apa-apa yang melibatkan buku akan merangsangkan Pak Samad. Beberapa bulan selepas itu, Pak Samad dijemput ke Langkawi dan sekali lagi hal mengenai Kampung Buku ini dibincangkan dengan orang-orang Langkawi. Harapan dan semangat Pak Samad yang tinggi di makan masa - selepas itu tiada apa-apa berita lagi. Saya kesian melihatnya yang sering bertanya kepada saya tentang hal ini. Berita terbaru ini pasti akan menggembirakannya!

Saya tidak tahu siapa di belakang Yayasan Kampung Buku Malaysia ini. Mungkin orang-orang Langkawi bergabung dengan orang-orang Melaka. Mungkin juga ada persatuan-persatuan penulis tempatan yang terlibat. Namun, apa yang pasti, pada 5 Disember ini persoalan ini akan terjawab dalam mesyuarat penerangan kepada semua pembekal dan penerbit yang dijemput untuk menyertai Kampung Buku Malaysia di Melaka ini. Kalau tidak terjawab pun tidak apa, asalkan yang terlibat itu ikhlas dalam usaha mereka ini.

Banyak persoalan timbul dalam hal ini. Namun, saya lebih melihat hal ini dengan positif. Saya doakan Kampung Buku Malaysia yang dihidupkan semula di Melaka kali ini berjaya.

8 reaksi:

Puan Ainon Mohd. said...

Saudara Helmy,

Syukurlah, cita2 kita mahu punya kampung buku di negara ini, belum punah!

Saya skeptis dengan projek2 tajaan kerajaan, tetapi seperti saudara juga, saya akan bersikap positif dengan usaha orang Melaka.

Bolehkah Dato' Samad bisik2kan kepada orang Melaka supaya panggil jugalah Jawa Selangor ini apabila mereka mahu mencari input bagi menjayakan idea yang bagus itu?

emilayusof said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Satu berita baik untuk peminat buku! Harapan saya ianya tidak akan mengulang sejarah Kampung Buku Langkawi.

Kampung Buku bukan sekadar buka kedai buku di kampung. Konsep dan falsafah sebuah kampung buku perlu difahami dahulu.

Saya harap mereka yg terlibat dapat mengkaji bagaimana Richard Booth menjayakan Kampung Buku Hay on Wye. Bagaimana industri buku dan yg berkaitan dimajukan di kampung buku.

Unknown said...

Salam.

Puan Ainon: Hehehehe InsyaAllah (sambil tabik).

Amy: Ya, kekal dan berjaya (tidak rugi)

JR: Setuju dengan anda.

Anonymous said...

abang helmy and abang jiwa,

saya masih berkabung untuk kg buku langkawi. itulah kg buku pertama yang saya lawati.saya masih ingat perbualan panjang saya dengan bekas pengurus kg buku , Hj Ismail (bekas PPD langkawi). Hasil perbualan itu, Alhamdulillah saya dapat bertandang ke Kg Buku di Hay-on-Wye, Wales dan Wigtown, Scotland semasa belajar di UK dahulu.

Richard Booth pernah menyatakan di dalam autobiografinya sebab utama mengapa Hay-on-Wye terus kekal ialah penentangannya terhadap penglibatan " wales tourist board" yang lebih cenderung kepada aspek pelancongan yang pastinay tidak kekal daripada memajukan industri desa berteraskan buku (rural industry).

Lain pula,cerita di Wigtown dimana ia dimajukan oleh scottish arts council kalau tak silap saya.

Apa pun, saya masih terkenang pengalaman minum teh dan skon bersama Encik Ian King, pesara di Wigtown dan Puan Pengurus Bladnoch Brewery yang bukan peminum.

Saya pernah bertanyakan nasib Kg buku Langkawi dengan seorang yang bernama Zainal ( sayang tak pernah bertemu beliau) dan menyatakan minat saya untuk membantu.

Anonymous said...

salam/kampong buku di-langkawi itu ialah di-kampung saya/lokasi-nya memang lah molek untuk kita menela'ah dan menekuni buku/lebih-lebih lagi ia di-kawasan sungai lubuk semilang/cuma saya doa-kan pengurusan kg.buku chantek macam sungai juga kali ini/jikalau tidak mungkin ada hang jebat milinium akan mengamok/ha..ha../ombak iktibar

sinaganaga said...

>>>Sedia maklum dahulu Kampung Buku Malaysia ini di Langkawi, Kedah, tetapi atas sesuatu sebab - hanya mereka yang terlibat mengetahui - ia ditutup.

Aku tertanya2; apa jadi dengan rusa2 yang aku angkut dari perkarangan parlimen tu?

Kampung Buku Melaka said...

Lawati kampung buku malaysia melaka di http://www.bookvillage.com.my/