header-photo

Apa yang mungkin tidak anda ketahui - III


Ini perbualan telefon beberapa tahun lalu...

Encik A: Hah kena bayar? Bukankah dia Sasterawan Negara?
Saya: Ya, tuan, kena bayar.
Encik A: Bukankah itu tugasnya? Dia kan dapat gaji dari kerajaan?
Saya: Tidak tuan, kerajaan tak bayar dia gaji.
Encik A: Elaun?
Saya: Tak ada tuan.
Encik A: Berapa bayarannya?
Saya: RM500 tuan. Tambang dan penginapan perlu disediakan pihak tuan.
Encik A: Hah 500? Mahalnya! Baca puisi 2-3 minit pun sampai 500? Tak apalah!

klik!

Dua hari selepas itu...

Encik A: Encik Helmy, saya setujulah dengan demand Pak Samad.
Saya: Maaf tuan. Saya terpaksa tolak. Pak Samad menerima undangan lain.
Encik A: xpt#f$5*!

klik!

Ya, pernah begini diperlakukan...

Ini pula kisah minggu lalu...masih panas hati ini...

50 kemeja yang dihantar untuk dijahit logo WBSB lesap...kedai kosong...kalah mahjong gong xi fa cai agaknya tokeh tu...ah...dugaan tuhan.

Tak apa, semalam saya beli 20 kemeja...mungkin angka 20 ini lebih baik nasibnya...

3 reaksi:

Anonymous said...

Helmy: Mereka yang di luar sana sudah kehabisan hati dan perutnya. Tentu saja bila kita berteriak mereka kata kita pelahap dan tidak tahu mengenang budi. Dari jauh aku melihat cara kau bekerja. Teruskan saja. Sudah waktunya kita bangkit melawan dengan cara kita sendiri.

Marsli N.O

Unknown said...

Salam Bang.

Saya "terasa" bila ada orang menuduh begitu, tetapi entah mengapa - mungkin usia - itu seakan merangsang saya untuk terus berusaha.

Singgah-singgahlah menasihati selalu bang!

Anonymous said...

apabila institusi kesusasteraan dipenuhi oleh birokrat, apa lagi yang boleh mereka buat kecuali menjukkuk 'kuasa'nya?