header-photo

Buku & rasa...


Mmmmm...apa yang mesti saya rasakan apabila buku-buku Pak Samad diletakkan di bahagian bawah dan di sudut yang agak terpencil?

3 Ogos - Sebenarnya saya rasa pelik dan sedikit resah. Pelik kerana buku-buku Pak Samad dikategorikan bawah "Quran & Hadith" dan sedikit resah kerana sebelum itu saya bertanya, tetapi pekerja di situ kata tidak ada.

Tidak timbul buku yang macam mana sepatutnya diletakkan di bahagian bawah...

12 reaksi:

Anonymous said...

Aku pun perasan gak, dan tak banyak judul kat situ.

Mariuca said...

Hi Helmy,

I recently made friends with a blogger from Brunei who has only the highest regard for Pak Samad. He had the chance to meet with P. Samad in a book exhibition and that really made his day! He is also a writer. So, for the few who may not show appreciation for P. Samad and his books, there are hundreds more who do! :)

emilayusof said...

Salam Helmy. Kedai buku mana ni? Sungguh mennyedihkan.

sis_aflah said...

salam..

selalunya pun begitu la.. kalau nak cari buku sastera.. terpaksa terbongkok-bongkok menjengah ke ruang paling bawah.. huhu..

sinaganaga said...
This comment has been removed by the author.
sinaganaga said...

Di sudut bahagian bawah rak sepatutnya diletak buku-buku yang macam mana? ;)

Unknown said...

Salam.

Undie - memang tak banyak judul sebab buku sastera laku!

Marzie - siapa yr friend tu?

Amy - The Curve, belah atas.

Sis Aflah - Ya, hanya yang mahu berusaha akan menjumpainya ;)

Abang Naga - Ikut aturan abjad...ini menyenangkan pencarian pelanggan.

Anonymous said...

Salam,

satu perkara yang saya perhatikan di pulau kecil ini:
yang ngajar sastera atau bahasa melayu tak semestinya minat pada sastera atau bahasa...
Yang jadi pekedai buku, tak semestinya minat buku atau tahu nilai buku...

Librarian aje yang okey :)
Sebab tu, buku librari disusun ikut aturan abjad :D

And I'm with mariuca... first thing that came to mind when I read this entry: ada orang lain yang lebih menghargai!

Wassalam.

sinaganaga said...

>>>Abang Naga - Ikut aturan abjad...ini menyenangkan pencarian pelanggan.

HA HA. Jawapan kau macam jawapan ahli politik, bang!

Dan, satu lagi, penatlah nak ajak kau minum koko panas - bila lagi?

p/s: hubungi Vovin utk nomer telefon aku ya!

Unknown said...

Salam Abang Naga.

Saya akan korup kalau jadi ahli politik...

Siapa Vovin???

email sajalah nombor @ helmysamad@wirabukit.com

Unknown said...

Abang Helmy,

Fikir positif. Buku Pak Samad diletak di rak bawah supaya kanak-kanak kecil, sekecil Ali boleh mengenal karya sasterawan negara. Senang mereka capai dari rak. Merekalah harapan kita di masa hadapan.

Buku di rak atas tu untuk orang tua nak mampus macam kita yang sudah tidak ada harapan untuk berubah...he he

Unknown said...

Salam.

Benar. Buku Pak Samad ada di kedai buku pun saya bersyukur. Cumanya, pada saya, kalau kerja dalam sesuatu bidang itu haruslah mendalami dan mengetahui bidang itu. Dalam perkara ini kerana sikap, mereka main tangkap muat saja - tidak kira kategori. Sebelum itu ditanya tentang buku sastera, mereka hanya menggeleng senyum, "Tak ada kot...". Saya saja ke kedai buku ini kerana ada pelanggan bertanya saya mereka cari buku Pak Samad, tapi tak jumpa sedangkan sebenarnya ada...

Nasihat saya, kalau hendak cari buku sastera (Melayu) di kedai buku (tidak semua) haruslah bersedia meredah...hehehe.