ELEGI PAGI
(Khusus untuk Rustam A. Sani)
Dengan gelak seimbas ayahmu;
dengan renung yang sangat menyukat,
kautekuni peta negaramu,
kaulimpah dharma wangi beradat.
Keluar dari bayang ayahmu,
tegap sendiri seimbang gagah,
kaurakami sejarah bangsamu
sesyahdu qalbu seindah bahasa.
Setiap daun terpaksa gugur,
tapi baktimu merimbun subur.
A. Samad Said
26 April 2008
9 reaksi:
A'kum
Al-fatihah untuknya...
salam singgah....
"..renung yang sangat menyukat.."
Itu ayat yang jujur. Renungan itu kasih sayangnya.
Otai ni bila menulis... setiap butir kata mendalam sunggh maksudnya. nak nangis!
Al-Fatihah.
Salam Hari Pekerja (untuk 1 Mei)
al fatihah,
sdr, kalau tak keberatan, boleh atau tidak tidak disiarkan di sini puisi/ucapan Pak Samad pada pelancaran buku YB syed Hamid Albar di DBP pada bulan Disember yang lalu?
bagi saya, itu satu lagi ucapan/puisi pak samad yang cukup hebat!
terima kasih.
Salam.
InsyaAllah akan diusahakan.
Bapak,
Sungguh indah dan menyusuk...satu puisi penghargaan yang tepat. Ruang mata saya berkolam airmata sewaktu di Pelancaran Buku Allahyarham Rustam. Salam.
Sangat indah. Tajam kesannya sampai ke sanubari.
Post a Comment