header-photo

Pesta Buku - Isnin 7/4

#1 - Hari ini saya ingat hendak santai, tetapi jadi sebaliknya. Agak sibuk walaupun pengunjung tidak ramai tetapi kuasa membeli itu ada - lebih lagi Pak Samad ada...

Saya ditanya semalam (Ahad) tentang kesan berada di TR2. Sebenarnya WBSB mendapat ruang di TR3, tetapi bersetuju bertukar dengan sebuah syarikat. Saya tahu TR2 tidak "seribut" TR3. Pastinya juga jualan akan terjejas. Mengapa? Mudah, WBSB menyertai KLIBF 2008 kerana ini penyertaan pertama kami. Kami hanya mahu buat satu "statement" - WBSB sebuah syarikat penerbitan dan kami sudah bersedia melangkah ke satu aras yang lebih tinggi dari yang lalu. Kami mahu "santai". Kami mahu memberikan perkhidmatan "personal" kepada pengunjung yang meminati karya-karya Pak Samad. Pengunjung akan dijemput duduk bersama Pak Samad dan dihidangkan minuman jika berkesempatan.

Jualan buku? Alhamdullillah. Saya sebenarnya terkejut dengan angka jualan kami. Buku terbaru Pak Samad "68 Soneta Pohon Ginkgo" setakat ini dijual melebihi 300 naskhah. Buku kanak-kanak Pak Samad - Rumah Rahsia, Yang Berat Sama Dipikul dan Bendera Di Atas Bukit - juga mendapat sambutan. Anehnya buku "Adik Datang" yang diterbitkan pada tahun 2002 juga masih "panas".

"Patutnya lebih banyak kalau WB kat atas," kata seorang sahabat.
"Mana kau tahu?" jawab saya.
"Atas tu ramai orang! Sini kurang," jawabnya.
Saya senyum saja..."Rezeki tangan Tuhan," bisik hati saya.

#2 - Alhamdullillah, saya bertemu ramai sahabat "blogger" dan mereka tidak ketinggalan bersantai dengan kami. Makcik Reen yang "tak reti" sangat dengan sastera pun beli buku Pak Samad! JR seperti biasa - saya tidak terkejut - ada dan sarat dengan buku-buku yang dibelinya. Puan Sharon sungguh ramah. Kang Jowo yang pinter (dan hensem) sedar dia ada peminat...bukan saya, tetapi KT yang ikut terjun buat blog - jangan risau, hanya satu Jowo Pinter pada saya! Dan ramai lagi...terima kasih sahabat!

"Antara bloggers dengan ahli politik, janji siapa lagi laku?" bualan saya dengan seorang rakan blogger...hahahaha kita semua tahu bukan?

*Gerai WBSB di TR2, no. 2088 & 2089. Selain buku-buku terbitan WB, buku-buku terbitan UA (Usman Awang) dan MPR pun ada.

12 reaksi:

Miss Reen said...

aku dah abes baca satu buku.. tp buku kanak2 la...suh aku baca yg laen..mampos aku dok penin paler...
anyway..thnx ya... sonok jumper ankel singa...hahahahaha

zawanbaba said...

selamat hari jadi Pak Samad!

wnorhaslina said...

salam..
semalam saya ada singgah dan membeli buku di gerai wbsb. Dapat bertemu Pak Samad secara bersemuka sangat mengujakan. Setelah sekian lama meminati karya Pak Samad inilah. Seronok yang tidak dapat dijelaskan. Terima kasih...

Zamri Mohamad said...

Hahah

TR2 itu rasanya lebih ribut keadaan walaupun tak sesesak dewan hadapan.

Apabila sesak, orang malas menunggu lama. Mahu keluar cepat-cepat. Nikmat buku pun tak dapat. Hendak belek-belek dan berinteraksi secara personal pun payah.

Jom ke TR 2 sehingga Ahad ini bersantai di sana!

Zamri Mohamad
www.motivasimindamu.blogspot.com

Anonymous said...

Salam, Saudara.
Terima kasih atas layanan mesra Saudara di gerai tadi (8/4). Terima kasih tidak terhingga kepada Pak Samad yang rancak berbual tentang arwah Pak Asraf, arwah Pak Usman, dan arwah Pak Keris hingga mengheret minda saya untuk bernostalgia tentang kisah-kisah menarik yang diceritakan oleh arwah Pak Asraf.
Kalau diizinkan Tuhan, ingin sekali saya berjumpa lagi dengan Saudara dan Pak Samad.
Khusus untuk Saudara, teruskan upaya Saudara demi sastera dan bahasa. Saya menyokong 110% dan malah sedia membantu seberapa daya setulusnya. Saudara ada kartu bisnes saya, bukan? Hubungilah saya.
Wassalam.

Unknown said...

Salam.

Terima kasih semua! Sokongan anda menyemarakkan lagi perjuangan kami.

Eiyra Mokhtar said...

saya jumpa dan saya pandang tapi segan nak dekat sbb saya tak pandai sastera.. :)

aslina_bidadari said...

Salam,
Seronok sekali dapat jumpa Pak Samad dan bergambar. Ini memang masa yang tepat buat WB mempromosikan karya2 Pak Samad. Sebenarnya ramai yang meminati sastera dan sayang pada Bahasa Melayu tapi harga buku Pak Samad di kedai2 biasa amat mahal. Tapi di Pesta Buku memang murah apalagi dapat autograf Pak Samad. TERIMA KASIH Pak Samad dan En. Helmy. Moga terus berjaya mengekalkan warisan bangsa...

Zamri Mohamad said...

Berita petisyen sudah diuar-uarkan dalam blog saya!
Mari ramai-ramai ke gerai buku Wira Bukit dan tandatangani petisyen tuntutan Pak Samad terhadap karya-karyanya daripada DBP.

blackpurple @ jowopinter said...

Ya, ya. Cuma ada seorang Jowo Pinter! Terima kasih

:)

lutfi said...

kpd Pak Samad, selamat hari lahir. InsyaAllah, saya akan ke sana Ahad ini. salam dan teruskan perjuangan.

Anonymous said...

Saya pun datang! Ingat hendak borong semua buku Pak Samad yang diterbitkan oleh Wira Bukit, tak cukup duit la pulak..isk..