header-photo

Tahniah...

Tahniah saya sebenarnya buat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berani bertindak berdasarkan kajian dan pemantauan.

“Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007.

“Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007,” katanya.

Sumber: http: Utusan Online

4 reaksi:

S.K said...

TAHNIAH!!!

Pencinta Bahasa dan UMNO said...

Jadi boleh lah A Samad Said kembali mengajak orang ramai mengundi UMNO...tak gitu?

Kalau nak laksana PPSMI, akan digesa rakyat tidak undi BN/UMNO...jadi skrg kena undi BN/UMNO lah ya...

Heartless Devilish said...

congrates...

Shahrulrock said...

Pencinta Bahasa dan UMNO ~ Isu PPSMI bukan isu politik, tapi isu ketahanan kuasa bangsa Melayu dalam memperjuangkan bahasanya sendiri.
Kalau bukan Melayu memperjuangkan bahasa Melayu, siapa lagi yang akan memperjuangkannya?
Jika di katakan "rakyat tidak mengundi BN/UMNO"kerana isu PPSMI, itu namanya "mata pena lebih tajam dari mata pedang".

* Pak Samad bukan ahli politik tetapi seorang seniman yang memperjuangkan bahasa ibundanya.