header-photo

Salina...

Antara lebih 65 karya Pak Samad, saya tidak henti ditanya mengenai Salina.

"Bila Wira Bukit hendak terbitkan?"

Menerbitkan novel Pak Samad ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sememangnya Salina menjadi keutamaan Wira Bukit semenjak hak penerbitannya dikembalikan. Novel yang menghampiri usia 50 tahun ini sedang menjalani kerja awal penerbitannya.
Salah satu rintangan yang saya kira besar adalah rekabentuk kulitnya.

Apapun, saya jangkakan Salina akan kembali ke pasaran selewatnya April ini, insyaAllah.

Doakan agar usaha ini dipermudahkan.

7 reaksi:

Shahrulrock said...

Maafkan saya kalau tersalah, saya rasakan rintangan terbesar adalah semasa untuk mendapatkan hak penerbitan Salina dari DIBIPI.
Sekarang, semua dalam genggaman Wira Bukit, cuma tunggu untuk "kayuh"jer..

Shahrulrock said...

Warkah Eropah?

Ted Mahsun said...

Saya tidak sabar menantikan penerbitannya.

Helmy Samad said...

Salam.

Tuan Shahrul: Rintangan yang dinyatakan adalah selepas pengembalian hak penerbitan itu kepada Pak Samad.

Warkah Eropah ada dalam senarai. Jika berkemampuan sememangnya semua karya Pak Samad saya terbitkan sekaligus!

Tuan Ted: Beli banyak-banyak ye...haha

sayuti said...

Slm saudara Helmy,puisi Al-Amin bagaimana?saya ternanti-nanti.hehe

Helmy Samad said...

Salam Tuan Sayuti,

Jika saya jutawan, pasti saya terbitkan kesemuanya sekali tahun ini...hehe

lizan said...

Assalamualaikum
Ternanti-nanti langit petang...