Tadi semasa saya naik bas...
Drebar: Apa yang bising-bising tu?
Konduktor Wanita pergi ke belakang terjengah-jengah melalui tingkap bas..."Ooooo ada C... mampuslah...," dengan agak kuatnya.
Saya melihat sekeliling. Nampak wajah-wajah yang berubah dan tidak senang. Saya rasa jika kita tidak tahu berbahasa dengan baik, lebih baik tutup mulut saja. Mana rasa malu? Atau memang tidak dididik langsung?
*Saya turun diperhentian seterusnya dan naik bas lain. Bas itu saya "blacklist".
** C (bangsa)
4 reaksi:
good morning from Holland. =)
Terima kasih :)
Tak pun cakap dalam hati saja, bukan?
Saya pernah naik bas nak pergi kerja, dan masa tu bas dah penuh. Dah tak muat langsung. Tapi pemandu suruh penumpang himpit-himpit ke belakang. Nak himpit-himpit ke belakang memang dah tak boleh. Lalu, si pemandu dengan marahnya berkata, "korang ni tak faham bahasa ke? Sekolah je tinggi tapi bila orang suruh ke belakang, tak mahu ke belakang!"
Kami menumpang berpandangan sesama sendiri. Tidak ada ruang langsung untuk ke belakang.
Siapa yang sekolah tak tinggi?
menumpang=penumpang. Maaf tersilap tekan huruf.
Post a Comment