header-photo

Sumpah...

Dahulu semasa memandu saya sering berhadapan dengan pemandu yang setelah beratur di tol, bila tiba gilirannya barulah hendak tercari-cari tiket atau wang. Saya beli "Touch & Go", ada juga yang tersalah masuk barisan dan terpaksa berundur. Saya beli "Smart Tag", perkara sama berlaku. Mungkin sebab saya agak mudah tersinggung dengan perkara-perkara kecil sebegini, kini saya naik bas sahaja.

Jadi tadi saya beratur di sebuah kafe di mana memang tempat saya santai. Barisan tidaklah panjang, tetapi bila tiba giliran pelanggan depan saya...

"Good evening," sambut juruwang.
Senyum, dia agak berteka-teka. "Errrr..."
"What can I get you? Hot or Cold drinks?"
"Errrr...hot...eh coldlah."
"Frappucino?"
"Errr yes. Gimme Mocha..."
"Mocha Frap, size?"
"Eh, gimme Java Chiplah..."
"Size?"
"Eh awak, ambil Mochalah," kata kawannya yang satu lagi.
"Mocha? Errr boleh tukar balik ke Mocha tak?"
"Boleh. Size?"
"Errr sederhana saja."
"Satu saja?"
"Eh, awak nak apa?" tanyanya kepada kawan.
"Aku nak Mochalah."
"Abis aku?"
"Kau ambillah yang lain."
"Errr air apa best hah?"

Saya boleh tulis lebih panjang tentang "errr sizenya", tetapi biarlah saya menikmati kopi saya dengan aman kini.

Apalah nasib saya...mungkin kena sumpah :)

2 reaksi:

Anonymous said...

ironinya, saya pernah mengalami keadaan seperti ini, bezanya sayalah si pelaku, sangat jarang minum di starbuck, sebab tu, confuse utk order.. peristiwa ini berlaku di mana ya? mungkin saudara berada berhampiran dan memerhati >.<

Helmy said...

Salam.

Sekitar Ampang :)