header-photo

Salina...

Salina...
Edisi Khas. 
Kulit keras. Bernombor siri. Ditandatangani Pak Samad.
Cuma dijual di laman maya dan ada  tinggal 300 naskhah sahaja (cetak 500).
Akan mula menerima tempahan umum pertengahan Ogos 2012.

Seorang Tua Dengan Lautannya...

Seorang tua dengan lautannya...


*Gambar milik Helmy Samad / Wira Bukit. Gunakanlah tanpa was-was jika bukan untuk tujuan komersial atau jika bukan untuk memfitnah.Terima kasih.

Musuh...

Musuh dalam selimut adalah...
..."Musuh yang sedang tidur dalam suasana iklim yang sejuk?"
Jawab seorang remaja bila ditanya.
Hanya mampu senyum...

Romi & Juli 13.0...


Juli: Awak, saya lihat kebelakangan ini awak asyik termenung saja. Kenapa?
Romi: Oh, saya fikirkan tentang diri saya ini...
Juli: Kenapa dengan diri awak?
Romi: Iyalah, banyak dosa...
Juli: Jika begitu bertaubat. Solat jangan tinggal.
Romi: Itulah yang saya lakukan...
Juli: Ohh...sayang awak!
Romi: Tapi awak...saya risau jugalah...
Juli: Jangan risau. Awak telah lakukan yang terbaik. InsyaAllah awak selamat.
Romi:.....
Juli: Awak, jangalah risau...
Romi: Tak bolehlah awak...
Juli: Awak telah lakukan yang terbaik...
Romi: Bukan itu...
Juli: Habis apa?
Romi: Awak, kelak di syurga saya dikelilingi bidadari mata keli bagaimana? Awak jeles tak?
Juli: Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Kerinduan...

Dua malam lalu saya bertemu dengan anak sulung saya Firdaus. Banyak yang kami bualkan. Saya rasa lega dan bersyukur.
Tadi, saya habiskan masa bersama Ali selepas berbuka. Banyak yang kami lakukan. Lega dan bersyukur juga.
Sepanjang perjalanan pulang tadi, jiwa saya tenang dan senang. Kerinduan-kerinduan saya terbalas.
Namun, di hujung malam ini, wajah-wajah mereka saya terbayang kembali.
Kerinduan itu rupanya bagai sebuah bekas bocor yang terisi sesuatu. Berdikit berkurangan hingga diisi terisi semula dan begitulah seterusnya. 

55...

Mendengar lagu dan lirik itu membuatkan saya...
...marah ada, geram ada. Maksud saya, tidak adakah lagi orang yang bijak berwibawa?
Jalan terbaik, ketawa sajalah...

Rahsia...

Sendirian sememangnya sepi...
...namun kesepian itu sebenarnya membisikkan banyak rahsia-rahsia kehidupan.

Terima Kasih...

Kepada pengunjung/pembaca blog ini...
Apalah blog ini tanpa anda :)

Hati...

 Hati adalah peribadi. Tidak perlulah dipersoalkan jika ia hal peribadi.
Jika seseorang dituduh menipu dan diberitahu dunia hanya kerana mahu menjaga hati masing-masing, tiada banyak boleh dilakukan. Hidup diteruskan...

Tanya Sama Itu Gajah...

Satu hari nanti kau akan ditanya tentang kuman yang di seberang sungai nampak, tetapi gajah di depan mata tidak...
...apa jawapan kamu?


Rindu...

Rindu ini seperti dahan di tepi sungai...
...kadang tersentuh ditiup angin, kadang tenggelam bila banjir.

Baja...

Menoleh, aku melihat sejarah yang ditinggalkan...
...seperti daun-daun yang kering, harapan aku biarlah ia menjadi baja untuk menghidupkan  kehidupan yang lain.

Peraturan...

Dalam kehidupan ini banyak peraturan yang perlu kita patuhi...
...tetapi peraturan Pencipta kitalah yang paling kita tidak ambil berat sangat...

Saksi...

Satu hari mereka ini jadi saksi...
...dan aku terbisu mendengar dosa-dosaku itu.

Rezeki...

Selagi hidup, selagi itu rezeki tidak putus...
...dan jangan kita lupa berterima kasih kepadaNYA.

“Kepunyaan-Nya-lah perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan(nya). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
Al-Syura ayat 12.

Ramadhan...

Ramadhan yang akan berlabuh...
...adalah hadiah dan peluang yang istimewa dari Allah yang Maha Pengasih kepada kita.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."
Ayat 56 Al-Dzariyat



Hebat...

Bila bermasalah, selalunya kita rasa terasing dan sendirian...
...dan mula mengadu dengan Tuhan. Hebat bukan?

"Olive branch"...

Terkadang kita terlalu menghukum kerana kita tidak sukakan seseorang. Bila seseorang dilanda musibah - atas tindakannya sendiri, kita kata, "Padan muka," dan dibiarkan saja kerana kita fikir dia berhak begitu. Tiada usaha mahupun doa kesejahteraan buatnya. Pernahkah kita terfikir mungkin ini juga satu dugaan buat kita? Saya sangat percaya dalam situasi sebegini, inilah peluang yang perlu kita ambil dan menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya. Dia mungkin begitu dan begini. Kita bagaimana? Saya sangat percaya akan huluran "Olive branch" kepada sesiapa yang kita tidak suka. Lebih mudah berdamai dari bermusuhan.
Jadi saya di sini dengan fikiran melayang-layang terfikirkan tentang karya arwah...cucu-cucu arwah yang terpaksa berhenti belajar dan bekerja dan dia yang sibuk buat dan jual kek...dan saya benar-benar tidak mahu berada dalam situasinya.

Anak-anak...

Tiada satu haripun yang berlalu tanpa saya fikirkan tentang anak-anak saya....
Ini sumpahan seorang bapa yang mahu anak-anaknya menjadi sebaik-baik manusia dan beruntung di dunia serta akhirat.

*Tidak dipaparkan Firdaus kerana privasi - beza umur antara mereka 19 tahun :)

Ramadhan...

Ramadhan membawa pelbagai cabaran dan dugaan. Bila ke Pasar Ramadhan, selalunya akan berbelanja lebih dan ada kemungkinan tiba ke peringkat membazir. Ada juga juadah/lauk yang terbuang walaupun dibuat sahur. Ini telah saya lalui.
Kini saya lebih suka meninjau dahulu. Berjalan dari hujung ke hujung dan bertanya selera sendiri. Menunya seakan begini: 

Saya akan buka puasa dengan kurma, air panas (air mati atau teh 0) dan bubur atau kuih - selalunya bubur chacha atau serawa durian atau kuih lopes.

Selepas terawih baru saya makan - selalunya nasi berlauk.

Sahur nasi dan baki lauk.

Saya tidak suka sangat pergi buffet buka puasa kerana saya memang makan sedikit. Apapun doa saya agar Ramadhan ini lebih baik buat saya (dan pembaca) dari yang lalu. Selamat Ramadhan!

Sempurna...

Jika aku sempurna
tentunya aku tiada di sini.

Solidariti...

Awal pagi saya baca sebuah kisah tentang nasib karya seorang sasterawan yang mungkin tergadai. Ini sebenarnya menjadi pengajaran paling besar buat saya. Apabila saya mula menerbitkan karya-karya Bapak, saya hadapi pelbagai rintangan kerana tiada ilmu langsung dalam bidang penerbitan buku. Banyak kali saya terajar. Ini proses berterusan hingga akhir hayat

Berhadapan dengan keadaan di mana sesebuah karya itu bakal bertukar pemiliknya, itu sesuatu yang tidak terbayangkan oleh saya. Dan, saya tidak mahu berada dalam keadaan itu. Pastinya dengan tersiarnya berita tersebut, akan bergelora - sekurangnya - dunia sastera kita. Dunianya kecil sebenarnya, tetapi berjiwa besar.

Saya kini tahu betapa besarnya risiko yang terpaksa diambil bila "ditugaskan" untuk memelihara dan menyuburkan karya-karya Bapak. Saya juga sebenarnya agak bernasib baik kerana Bapak masih ada dan setiap usaha itu akan diteliti dan dinasihatinya. Banyak juga yang dibantah dan dipaksa henti atau batal.

Umumnya memang masyarakat tidak akan memahami 100% apa yang dihadapi oleh anak-anak pengkarya yang mahu memelihara dan menyuburkan karya-karya bapanya. Nampak hebat dan beruntung. Memang ini saya akui, tetapi tentu sahaja yang hebat dan lumayan itu ada kelemahan-kelemahannya. Saya mula susah, senang dan susah. Ini laluan hasil dari tindakan-tindakan saya sendiri. Erti lain, saya buat, saya tanggung. Namun, tidak semestinya begini. Besar kemungkinan ditangan orang lain ini tidak akan terjadi. Pastinya mewah. Pastinya karya-karya itu sangat subur kini. Namun, di tangan anak-anak pengkarya soal lain, yang tidak mungkin dikira dan ternampak masyarakat adalah nyala rasa (passion). Jadi kita ini ada kecatatan. Ada kelemahan. Baca: saya bukan seorang yang pandai berniaga.

Kak Lyna telah membuat jalannya sendiri dan dia perlu melalui jalan itu. Saya kenalinya semenjak kami sama-sama himpun di DBP lewat 60an (mungkin awal 70an). Kerjaya kami hampir serupa, tetapi cara-cara melakukannya ada yang sama, ada tidak. Dia kini berhadapan sesuatu yang besar dan mungkin saja akan mengubah terus hidupnya - perkara biasa sebenarnya kerana kita pun berubah laluan kehidupan berkali. Walau apa pun dia di mata kita, saya tetap akan berada dan mengiringi dia sedaya mampu saya. Ini kerana dia bagai kakak pada saya dan nyala rasa kami serupa.
Sebenarnya ini bukan soal yang besar (apalah sangat sebuah karya bukan?), tetapi memerlukan keberanian untuk menghadapinya dan anehnya keberanian itu bukan sangat menghadapi situasi kehilangan itu, tetapi pandangan-pandangan dan percaturan sekeliling. Saya doa agar terima dengan terbuka dan tidak negatif. Kita telah mulakan dan kita perlu terus hingga penutupnya. 

*Tulisan ini tiada niat terseliuh. Cuma saya nyatakan solidariti saya :)

Gajah...

Dia sangat suka gajah...
Mungkin sebab dari kecil hanya saluran Animal Planet dan National Geographic yang dibenarkan?

Paip Pecah...

Tadi paip bilik air pecah. Bertungkus-lumuslah saya cuba jadi tukang paip - nampaknya memang tidak ada bakat langsung! Setakat yang mampu, hanya guna pita perekat. Itu pun nampak errr...entahlah, buruk sangat. Hendak panggil tukang paip, rasanya tidak mampu. Jadi saya telefon seorang sahabat. Dia inilah yang buatkan paip-paip untuk bilik air saya ini Januari tahun lalu. Dia juga pasang wayar untuk elektrik dalam bilik ini. Memang semasa saya masuk, air dan letrik tidak ada di atas ini - wayar dirembat kutu dan paip-paip karat teruk hingga tangkinya "hancus"...

Saya: Salam bang. Ada di mana?
Dia: KD bang.
Saya: Nak minta tolonglah bang. Bisa?
Dia: No problem. Apa hal?
Saya: Ni paip bilik air pecah...
Dia: Tak panggil plumber?
Saya: Hehehehe...
Dia: Oh paham. Esok bleh?
Saya: Boleh. Akku dah sendat dengan kain dan tape tu. Tapi tak tahu tahan lama mana la. Harap ok sampai esok.
Dia: Susah-susah ko sendat dengan jari ko bang...
Saya: Cissss....
*Satu jam selepas entri, paip semakin kritikal, sana-sini mula bocor. Mungkin memang patut guna jari?
**Selepas beberapa jam, saya ke CM. Sementara tunggu acara bermula, dimanjakan diri dengan Apple Cheesecake ini. Semoga paip tidak pecah...

Iman...

Pohon yang subur adalah kerana akar yang kukuh. Baca: Iman

Patutlah saya terkial-kial...

Kuala Gandah...

Siapa pernah ke sini?
Ini impian saya - hendak bawa Ali ke sini...
Pastinya dia akan terhibur.
Ali ini, jika binatang yang kecil seperti kambing atau rusa dia takut...
Tetapi, jika gajah mahupun dinosor dia akan berani dan anggap seperti kawannya sendiri.
Ini salah satu aktiviti yang ada. Ali pasti mahu mandi bersama.
Hanya 2 jam dari Kuala Lumpur. Maklumat lanjut boleh didapati di sini : http://www.malaysiasite.nl/gandaheng.htm

Hantu Pokok Pisang...

Bermula Februari tahun ini saya mula gunakan pengangkutan awam. Dari tempat saya bertahta, jika hendak ke perhentian bas, jaraknya sekitar 2km. Ini saya anggap sebagai satu senaman. Dengan beg galas yang beratnya sekitar 7kg (ok saya "over" sebenarnya hampir 10kg), hampir setiap hari saya - cuba - ulang-alik mengikut laluan ini. Namun, ada satu bahagian yang agak-agak menduga saya setiap malam saya balik ke istana hinggap. Bahagian ini adalah bahagian kebun pisang. Ia di antara Masjid dan kawasan perumahan. Tidak panjang, hanya sekitar 150 meter sahaja. Di kiri dan kanan pokok pisang dan antara pokok-pokok pisang itu ada pokok-pokok yang melangit (tidak tahu namanya sebab malas bertanya).

Sudah lebih empat bulan saya lalui jalan ini tanpa masalah hingga akhir ini, saya sering diganggu. Pokok-pokok pisang ini digoncang-goncang kiri dan kanan dan bunyi seakan cengkerik agak kuat berbunyi di belakang. Ini sudah lima kali berlaku. Saya "tak angkat pot" sangat. Saya jalan saja dan berzikir hingga melepasinya. Saya cuma anggap ada anak-anak nakal yang ter"over excited".

Ini juga mengingatkan saya tentang sebuah filem - mungkin dua buah (filem Siam pun ada) - tentang hantu pokok pisang...lawa hantu ini jika mereka mahu lawa bukan?

Saya suka pisang - pisang berangan, pisang goreng, pengat pisang - dan jika ini melayakkan saya menerima gelaran Hantu Pisang, saya tidak kisah, tetapi jika satu malam kelak saya terjumpa hantu pokok pisang bagaimana? Perlukah saya terangkan saya memang hantu pisang agar dapat sedikit kelonggaran?

Saya tidak tahu apa yang akan berlaku jika ini berlaku...anda bagaimana :)

Biskut Raya 2.0...

Ini pun sedap. Biskut-biskut Raya dari Sg. Petani ini boleh ditempah sekarang!
Berminat e-mel : nurdaliza@gmail.com

Biskut Raya...

Biskut-biskut Raya boleh dapatkan di sini. Kualiti dan rasa dijamin :)
Layari laman web sahabat ini:

Kek Lapis...

Ini saya hendak beritahu, sesiapa yang suka makan Kek Lapis, sila cuba Kek Lapis Kak Lyna...yang tidak suka pun sila rasa, insyaAllah akan suka :)
atau
tambah saja dia menjadi rakan FB anda : https://www.facebook.com/lynas.cakes

Hidup 1000 Tahun...

Aku mahu hidup seribu tahun lagi...


...bukan kerana sayangkan kehidupan ini, tetapi kerana mahu menebus dosa-doa yang telah aku lakukan selama ini...

Pengisian Rohani...

Sirah Nabi, saya mula baca dan terkedu. Selain sangat banyak yang tidak diketahui (saya benar rasa malu pada diri sendiri), saya rasa sangat-sangat kecil dan hina bila dibandingkan dengan hidup saya ini. Saya banyak kali "take things for granted". Saya rasa saya kuat bertenaga. Hebat berkuasa (atas sesuatu). Sombong, riak dan apa sajalah yang tidak baik itu banyaknya mengena pada diri ini. Semuanya saya, saya dan saya.
Bila baca kisah Baginda, luluh hati saya ini. Sampai satu peringkat dalam kehidupan, dengan izinNYA, kita sedar dan mahu baiki diri secara spiritual buat bekal kepada dunia yang kekal kelak. Ini semua (lihat sekeliling anda) sementara sahaja. Doa saya agar saya ikuti jalan yang lurus ini...


*Biografi Muhammad Bin Abdullah terbitan PTS Publication.

Mangkuk...

Sebaik terlihat ini sebelum menjamah, saya tersenyum...
Hidup - saya - macam isi dalam mangkuk ini - pelbagai. Rasa-rasa sayalah yang telah/sedang mengisi kehidupan selama ini :)

Dugaan...

Mula membahang: Terimbas malam berita di telivisyen memaparkan aras air di empangan belakang rumah saya kritikal awal minggu. Waktu itu hujan pun turun. Dan semenjak malam itu setiap hari hujan turun sekurangnya dua kali sehari - petang dan lewat malam/awal pagi di sini. Pelbagai tafsiran yang boleh kita bentangkan, tetapi saya hanya percaya ini satu dugaan: Bila panas/kering kita selalu berdoa/ingat kepadaNYA. Kini sudah terjawab adakah kita terus berdoa/ingat kepadaNYA?
Bersyukurlah dalam apa jua keadaan :)

Seks, seks, seks...

Saya sedang berjalan menuju ke perhentian bas apabila...

"Seks, seks, seks! Itu saja yang kau tahu!"
Saya terdengar suara seorang wanita menyatakan itu dengan lantang. Menarik...kerana saya berpaling ke arah suara itu...
Rupanya dia sedang membebel kepada sepasang kucing yang sedang sanggama...Oh bebel seorang pencinta kucing rupanya...

Nota Cinta...

Cinta, bangkitlah dan isikanlah hangatkanlah jiwa yang kosong ini...
...atau aku perlu memujukmu?




*Lelaki-lelaki "G"

Round...

Dari semalam saya ada misi untuk lepaskan diri dari sesuatu. Hari ini terima beberapa pesanan. Digagahi bangun untuk proses buku-buku yang dipesan...

Mana buku-buku ini? Melopong seketika hingga masuk akal...buku-buku itu belum sampai dari penerbit! Jadi bagaimana hendak hantar?

Ok kembali bergelut dengan demam...round...berapa 'tah

Merapu...

Orang bercakap - mereka ada mulut dan lidah. Juga ada akal dan jari. Itu biasa, tetapi mengapa mereka bercakap? Dan yang saya sedar, ini adalah kerana mereka ada akal untuk berfikir. Erti lain, berfikir itu bercakap. Lantas manusia berevolusi - dari Nabi Adam a.s - seorang - hingga kita di masa ini - sekitar 7 billion.

Saya sedang baring di tilam ini. Dalam bilik berselerak ini. Dalam kepala bermacam yang timbul. Ada soal dunia. Ada soal akhirat. Sememangnya bila usia begini, bila sakit, soal mati timbul. Soal bekal timbul. Soal dosa-dosa lampau akan timbul. Saya akan jejaki silam. Mengingati satu-satu peristiwa yang masa itu enak, tetapi kini tidak. Emak, bapak, adik-beradik, anak-anak, nenek-nenek, datuk-datuk, bekas-bekas isteri dan teman wanita, sahabat-sahabat dari zaman anak-anak semua datang. Saya bayangkan semasa saya di dalam kubur keseorangan...

Ini semua terjadi semasa saya terlantar demam di atas tilam, di dalam bilik yang berselerak ini. Bila teringatkan kucing, saya akan ke bawah, bersihkan tempat mereka, ganti pasir, air minuman dan tambah makanan. Bila teringatkan soal nafkah, saya buat entri-entri di blog dan mukabuku untuk jual buku-buku. Juga hubungi sana dan sini untuk urusniaga buku juga. Dan terkadang ada yang hubungi minta selesaikan sesuatu - soal tidak puas hati, hutang dan luahan hati.

Lihat, jika anda fikir seseorang yang terlantar demam seperti saya hanya terlantar bergelut dengan sakitnya saja, itu tidak benar. Saya masih lagi ada mulut, lidah, jari dan akal. Saya akan bercakap-cakap selagi mampu...dan kerana itulah anda kini membaca entri saya yang merapu ini. Maafkanlah saya yang tidak sihat ini ya ;)
*Selain dosa, ini yang mampu menitiskan airmata saya...

Rabiatul Adawiyah...

Memang dalam kehidupan kita ada pilihan...
...tetapi Rabiatul Adawiyah tidak perlu pilihan dalam bercinta... 

Hantu Lampau...

Hari ini "hantu lampau" kembali. Hidup saya terhenti seketika. "Saya perlu atasi ini...," bisik hati yang lesu.
Sesuatu yang ditolak dan tidak ditangani akan suatu hari hadir menuntut penyelesaian.

Pi mai...

Kita boleh katakan apa saja tentang kehidupan...
...tetapi jika tiada usaha dan keikhlasan, "pi mai pi mai tang tu juga." 
:)

Bekas...

Bekas datang pelbagai bentuk dan rupa...
...isinya bagaimana?




*Hanya seorang insan yang terlontar ke alam realiti sekali lagi tadi :)

Cahaya...

Semoga amal & ibadahku...
...menjadi cahaya yang menerangi dikala kegelapan...



"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji".
(Surah al-Isra': 79)

Jiwa...

Terkadang kita terlalu obses mengejar hingga bila ditemui...
...adalah kekosongan jiwa sahaja.

Jambatan...

Hidup satu penggembaraan...
Jambatan apakah yang kita guna untuk ke lokasi seterusnya?

Korup...

Dalam kehidupan, terkadang kita cuba muatkan kaki dalam kasut yang tidak sesuai...
Baca: Berubahlah untuk kebaikan dunia dan akhirat, jangan korupkan hidup.

Ramadhan...

Sedia diri untuk Ramadhan...
...semoga jika ada yang terlepas pun tidaklah banyak: Rancanganku, ketentuanMU.