header-photo

Yang bernama isteri...

Minggu lalu saya bertemu dengan seorang sahabat - yang lama tidak saya temui. Dia seakan seperti saya sebenarnya. Bapa tunggal dan dua tahun lalu berkahwin semula. Saya menulis kisahnya dengan izin dia kerana dia pasti ramai bapa tunggal di luar sana yang senasib dengannya, tetapi tidak ramai yang ambil peduli sebab menjadi lelaki, masyarakat umumnya  beranggapan kita mampu atasi segalanya...walaupun ada sesetengah perkara langsung tidak masuk akal dan sangat berat sebelah.

Dia mengeluh kerana isterinya tidak percaya kepadanya. Telefon pintarnya sering diperiksa dan setiap rakan Mukabuku, ApaApps dan e-mel ditanya, siapa dan bila dijelaskan, perbualan berakhir dengan "Iya ke?" "Awak jangan..." dan apa saja yang menggambarkan komunikasi dengan orang ketiga itu mencurigakan.

Dia: Aku ini berniaga "online". Jadinya itu semua penting. Namun, "takkan" setiap e-mel dia perlu periksa dan bertanya? Lebih lagi jika pembeli itu seorang wanita. Aku dipandang serong berurusniaga dengan wanita. *hatsApps aku pun dia baca dan di sini yang paling menarik minatnya adalah perbualan aku dengan bekas isteri aku. Dia kata aku berbual lebih dari aku berbual dengannya di "*hatsApps". Maksud aku, "takkan" dia tidak nampak aku tinggal dengannya dan bercakap dengannya setiap kali kita bersama? Sudahlah satu hari telefon entah berapa kali dan aku perlu memberi "details" aku di mana, dengan siapa, buat apa, untuk apa dan selepas itu dia akan kata "Iya ke?" "Awak jangan...". Cuba kau bayangkan...

Saya senyum saja...

Dia: Dia juga akan timbulkan soal tidak puas hatinya kerana aku beri lebih nafkhah kepada anak aku sedangkan dia lupa sebenarnya aku berbelanja lebih dengannya seperti pergi ke mana sahaja, makan minum keperluan rumah dan kau sendiri tahu pendapatan aku bukannya banyak. Dia akan ungkit sejarah aku dengan si polan dan selalunya bila aku membantah dia akan kata aku ada hati dengan bekas isteriku atau teman wanitaku kerana tidak hargai dirinya. Apa sebenarnya dia nak lagi? Aku tinggalkan tanggungjawab aku terhadap anak aku?

Senyuman saya semakin tawar...

Dia: Dia juga akan gunakan hadis atau kata-kata nasihat guru-guru agama untuk menyerang aku. Dia kata aku kejar dunia, tetapi setiap pagi dia akan "surf" internet dan tunjuk kepada aku pakaian atau barangan yang dia suka. Dia akan ajak aku melancong ke mana saja yang dia rasa. Dia mahu pergi umrah denganku daan dia mahu rumah yang lebih besar. Maksud aku, semuanya tentang dia. Dia tidak pernah berhenti sejenak memikirkan tentang aku, suaminya. Dia lebih mendengar kata ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah atau kawan-kawan dari mendengar aku. Dia lebih akur kepada mereka daripada aku sedangkan kata-kata mereka itu terpilih saja, yaitu apabila dia fikir menyebelahi dirinya, seorang isteri, tanggungjawab seorang suami dan pekakkan telinga dan pemahamannya apabila ia berkenaan tanggungjawab seorang isteri atau tanggungjawab seorang bapa atau anak.

Saya sudah tidak senyum lagi, malah berkerut dahi dan merasainya.

Dia: Sampai aku hendak keluar bekerja pun aku perlu beri "details" dan jika ada yang tidak ada dalam "details" itu, dia akan timbulkan masalah. Jadi kalau kau ingat hidupku selepas berkahwin ini berubah, itu benar, cuma persoalannya berubah bagaimana? Aku ini mudah orangnya. Aku cari rezeki untuk penuhi tanggungjawab aku sebagai anak, bapa dan suami. Dia tidak sedar agaknya bagaimana aku berusaha dan sebagai seorang suami, Aku inginkan isteriku memahami, memberi sokongan, tidak menyusahkan atau beri masalah dan "at the end of the day, there's a place called home for me to rest and have comfort", tapi itu tidak berlaku. Jarang sekali aku dapat itu. Bila aku senyap dan tidak banyak bercakap itu menunjukkan aku ada masalah dan fikir sesuatu dan apa yang dikatanya benar. Sedangkan itu kadangkala menunjukkan aku sabar jika dia buat hal. Tetapi, bila aku begitu dia kata aku tak layan dia, fikirkan tentang orang lain - dalam hal ini seperti biasa dia cakap tentang ex aku. "Come on" la, macam dalam kepala seorang lelaki itu hanya wanita, wanita, wanita atau ex, ex, ex. Jika dalam kepala lelaki begitu gamaknya dunia ini akan berhenti berputar kerana lelaki berhenti jadi lelaki sebenar dan ke sana-sini kejar wanita... so how's your life now bro?

Saya terkejut dengan soalannya itu... dan senyum...

Pada saya, seseorang lelaki itu bila berkahwin mahukan kepercayaan dari isterinya. Isterinya perlu menyokong suaminya - dalam masa baik mahupun tidak baik. Ubati dan redakan masalah atau kesakitan suaminya. Bukan terus melukakan atau menambahkan masalah suaminya. Benar, ramai isteri "terkena" bila mereka percaya kepada suaminya, tapi pernah wanita terfikir sejenak ramai suami pun pernah "terkena" bila mereka percaya isteri mereka? Tidak semua lelaki sama. Tidak semua wanita sama, tapi bila mereka melepasi garisan bujang itu dan memasuki alam hidup bersama (berkahwin), percayalah seorang suami memerlukan kepercayaan isterinya. dia perlukan keselesaan. dia perlukan kasih sayang. Dia ingin berkongsi. Ini semua untuknya berehat sebelum dia mula berjuang kembali dalam kehidupannya esok hari setelah "letih" dari perjuangannya hari ini.

Tidak mudah menjadi seorang lelaki sebenarnya, tetapi aneh bukan, yang "kecundang" lebih ramai wanita dari lelaki. Jadi kepada yang bernama isteri, berikan kepercayaan anda kepada suami, buat dia selesa dan rasa intim dengan anda dan in shaa Allah anda akan dapat yang terbaik... tidak di dunia ini, in shaa Allah di akhirat kelak atau anda tidak percaya janji ini?

Dan menjawab tentang kehidupan saya kini dengan sahabat saya itu... saya hanya tersenyum dan kata baik-baik saja.

Dia: Kau beruntung!

Dalam hati saya, "Tidak, kaulah yang beruntung kerana terpaksa melalui kehidupan sebegitu... pastinya terbalas dengan sesuatu yang indah kelak."

1 reaksi:

farizghazali said...

ada kisah dulu dulu. israeliat, tapi sekadar pengajaran.

seorang alim bersama isteri garang, maka singa liar datang membantu bawak kan kayu api.

bila isteri kedua (yang pertama meninggal) lemah lembut dan santun, singa liar hilang macam tu saja.

cerita habis kat situ. conclusion masing-masing kena angguk buat-buat faham.