Lebih enam bulan agaknya saya tidak menulis di sini. Semenjak bernikah sekali lagi - bukan satu lagi ya - keutamaan saya agak dipaksa berubah. Tiada lagi hidup ala "bohemian" dan ia sesuatu yang sebenarnya saya perlu. Jadi masanya agak terhad dan padat dengan perkara lain. Dengan sekali ijab kabul, saya tercampak ke dunia lain.
Juga saya kurang menulis - di sini - kerana mencari sesuatu. Juga kerana takutkan sesuatu - berceita tentang sesuatu yang saya tidak suka, lantas menokok tambah kerana ikutkan nafsu. Fitnah sesuatu yang saya elakkan kerana ia lebih buruk dari membunuh. Jadinya dalam keutamaan lain itu, saya juga tercari-cari rentak dan matlamat kehidupan - maklum ini adalah babak akhir dalam kehidupan saya.
Sesuatu tentang bercakap atau menulis tentang sesuatu yang kita tidak suka adalah kita sebagai manuia - yang lemah - akan melakukannya dengan nafsu. Lebih buruk lagi bila kita lakukannya kerana kita dibayar. Boleh tahan juga keluarga - bapak dan saya - difitnah. Dan kini masih difitnah, tetapi saya memaafkan jika difitnah. Malah saya doakan agar lahir kesedaran perbuatannya dan insaf bertaubat. Tiada banyak yang boleh dilakukan jika kita difitnah. Jalan terbaik hanya doa. Biarlah Dia yang Maha Mengetahui menentukannya. Kita pun sering ucap mohon kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta dipelihara dari azab neraka. Jadinya semuanya telah diatur mengikut tindakan kita. Saya ambil sikap begini. Lebih mudah utuk jalani kehidupan dari buang masa melawan menangkis sesuatu yang tidak benar.
Harapnya blog ini tidak lesu kembali. saya akan cuba menulis tentang saya dan sesuatu yang saya tahu.
Selamat ulang tahun kelahiran ke 52!
0 reaksi:
Post a Comment