Ini kisah benar...
A: Rugi kalau tak masuk!
B: Aku tak ada duitlah...
A: Kan ada duit biasiswa tu! Guna dulu, nanti dapat berganda!
B: Tak bolehlah. Aku takut.
A: Apa nak takut? Ini peluang terhidang. Rugi kalau tak masuk!
B: Tak apalah...
A: Inilah Melayu. Orang nak tolong, dia tak mahu pula. Nanti orang lain kaya, dia sakit hati pula...
Itu beberapa bulan yang lepas. Ini berlaku di UITM (lokasi saya rahsiakan) - Pelajar-pelajar direkrut oleh sebuah syarikat "multi-level". Saya dengar ramai juga pelajar yang "masuk" dengan menggunakan duit biasiswa.
Persoalan: Mengapa syarikat sebegini begitu "desperate"? Tidak sedarkah bahawa mereka meletakkan tekanan kepada pelajar?
*Pelajar yang rekrut pelajar lain itu kini hendak berhenti belajar sebab menerima tekanan dari "downline" - senario sebenar tidaklah seindah kata-kata "orang atas"...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 reaksi:
Orang yang nenjadikan duit sebagai objektif, hanya mereka yang dapat diperdaya dengan janji-janji duit yang muluk-muluk.
salam,
Bagi saya, tiada paksaan dalam perniagaan MLM. [bagi sayalah.... tak tahu pulak orang lain]..
Saya masuk MLM kerana menggunakan barangannya demi kesihatan..bukannya semata2 nak kaut keuntungan...
InsyaAllah - rezeki di tangan Allah.
Betul niat dan usahanya, halal perjalanan dan rezekinya.
Armiza Nila
p/s...adik2 pelajar usah mudah terpedaya..fikir dulu sebelum buat..utamakan pelajaran insyaAllah jalan mu akan terang dalam setiap pekerjaan kemudian...
Selalunya mereka akan kata "tak mengapa la kalau kau tak nak kaya,biar aku kaya seorang" bila orang yang di ajaknye menolak pelawaan menyertai mereka. :)
Post a Comment