Satu "kelemahan" saya adalah bila hendak meminta sesuatu. Saya benar "tak reti" meminta - kecuali meminta sesuatu (yang bahaya atau penting seperli gelas, objek tajam atau henfon) di tangan Ali. Itupun 99% dia tak layan dan lari bersembunyi.
1. Saya teringat masa di mana Firdaus (anak sulung saya) mohon masuk UITM - dua kali dan gagal. Saya disaran agar menghubungi beberapa orang dalam (yang kebetulan ada saya kenali dan ada direkomenkan) untuk membantu. Ada juga yang menelefon suruh saya guna nama "anda tahu siapa". Saya kelu. Saya tolak. Saya cuma tidak dapat menerima jika Firdaus mendapat tempat orang lain yang lebih layak. Kini Firdaus di Universiti Swasta - Mass Communication - dan saya walaupun perit membayar yurannya yang tinggi, saya rasa aman.
2. Walau ada akses dan pengaruh "anda tahu siapa", saya tidak pernah meminta "projek-projek" - melalui pintu belakang atau "pintu sakti". Saya kelu. Saya tolak. Walaupun ada ramai yang suruh berbuat demikian. Apa yang saya lakukan adalah memohon secara rasmi untuk diberi peluang menyertai apa-apa projek yang difikirkan kami layak. Walaupun perit mengikuti saluran yang "sah" dan "telus", namun syukur alhamdullillah, segala yang diberi kami laksanakan sebaik mungkin. Saya tidak pernah berurusan "persen" dengan sesiapa (orang ketiga) dan tidak akan. Saya rasa aman walaupun WB terkadang lesu.
Saya cuba sedaya mampu untuk tidak bertuhankan wang. Apa yang penting bagi saya, kelak (bila masa sudah tamat) saya tidak dibebani soalan tentang perkara-perkara sebegini.
*Maaf kerana "matikan" fungsi komen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 reaksi:
Saya amat menghormati pendirian sdr Hilmi.Tulisan sdr ini byk mendatangkan keinsafan.Semoga sdr dan keluarga diberkati Allah jua.
Salam tuan.
Saling mengingatkan antara saudara (termasuk diri sendiri) juga penting buat saya.
Salam Tuan Helmy Samad: Tidak mengapa perit. Kerana Allah lebih mengetahui segala. Moga terus dicekalkan hati dan tekad dengan iktikad ini.
Marsli N.O
Ya, saya kagum dengan prinsip tuan.
Semoga ada barakahnya.
Frank Serpico....
Ya, Serpico.Polis jujur di kota NY.
Saya selalu membandingkan ketulusan dan kejujuran kawan-kawan saya dengan Frank Serpico.
Sekarang, saya menemui "Helmy Serpico".
*tabik spring dengan linangan suci airmataair*
Post a Comment