header-photo

Singapura...

Setiap kali ke Singapura, saya merasa seperti "pulang" ke kampung.

Saya dilahirkan di Singapura dan sebahagian masa sana dan sini dihabiskan di sana - terutama semasa datuk dan nenek masih ada. Jalan Al- Sagoff (Geylang) dan Opera Estate (Chai Chee) adalah tempat saya menghabiskan cuti sekolah dulu. Selepas itu datuk dan nenek (sebelah mak) berpindah ke Bedok dan datuk, makcik dan pakcik (sebelah bapak) ke Ang Mo Kio.

Bila datuk-datuk meninggal dan nenek ke Kajang, saya jarang sekali ke Singapura kecuali bila ada hal keluarga.

Singapura adalah seperti Singapura yang saya ketahui - kerap berubah tetapi sistem pengangkutan awamnya kelas satu dan tiada masalah untuk bergerak.

Selain melawat keluarga, saya gemar menghabiskan masa di Orchard Road - bukan membeli-belah tetapi santai di Borders (haha ok, saya "membeli-belah buku) - ini kebiasaan, saya akan santai di kedai buku walau di mana saya berada. Saya juga akan santai di bahu jalan Orchard ini dan melihat gelagat manusia. Ini kota Jepun, tidak, Eropah, tidak, Afrika, tidak, Hong Kong, tidak...ini kota pelbagai kaum sebenarnya. Dan kalau saya tidak silap, Kuala Lumpur terkadang dirasai begitu juga...

Dunia semakin kecil...dan menghimpit bukan?

3 reaksi:

Leyla Shuri said...

salam kenalan sdr helmi samad,

saya sudah lama membaca catatan sdr tapi selama ini belum terasa perlu meninggalkan komen.
Akhirnya, saya bersuara juga.
Saya juga dari kampung chai chee dan selalu bermain-main di Opera Estate dulu.
Sudahkah sdr melihat perubahan di Opera estate sekarang?
Sungguh mengkagumkan!
Sesekali balik Singapura, saya masih tinggal di kawasan chai chee (yang sudah dipinda gelaran ke Ansar Village).
Saya amat gembira penulis yang terkenal seperti sdr helmi samad di Malaysia juga datang dari kota singa itu.

Unknown said...

Salam perkenalan..

Saya tidak sempat singgah Opera Estate - kesuntukan masa. Tentu saja ia telah berubah.

Dan saya bukan penulis terkenal. Cuma picisan :)

Mawar said...

Sdr Helmy,
memanggil nama sdr saat pertama kali jumpa di acara ITNM, Shangri la PJ seperti memanggil Helmi dalam "Salina", ayahanda sdr... :-)

Kita sekampung. Saya kelahiran KK awal 70-an dari Coronation Rd. benar, setiap kali ke Temasek, adalah "kepulangan"; kita menggeledah kenangan Temasek yang kita kenal dahulu - tempat bermain tanglung, makan kueh bulan dan bermain batu seremban dengan anak Cina - sahabat baik kita. tapi sekarang Temasek hanya tinggal nama, bukan?