header-photo

Teka & (mungkin) menang...

Mana satu Pak Samad?
Bisikkan kepada saya di Kinokuniya jam 4ptg 7hb April 2012 dalam majlis ITBM meraikan Pak Samad dan menangi beberapa buku (karya Pak Samad) & kemeja-T berkolar Wirabukit - 3 set hadiah saja ;)

Terbang...

Saya terbang tadi. Terbang di langit sesekali menembusi awan dan ada juga masanya seekor burung hinggap di bahu...

"Tumpang sekejap bang...lepaskan lelah," kata burung itu.

Saya angguk tersenyum. Rasanya indah. Tidak mahu ia berakhir...hingga saya terdengar lagu itu...lagu melayu lama beralun-alun dan saya tersedar...mimpi rupanya.

Saya cerita pada Rahmat, dia kata itu mimpi yang hebat!

Benar, saya terima berita yang hebat hari ini...alhamdullillah.

Demam...

Manusia juga macam alam. Ada musim hujan, panas, dilanda kemarau atau banjir. Ada masa gempa dan ada masanya terlanda taufan.

Demam saya ini tidak mahu pergi. Bermula dua minggu lalu, satu hari demam, dua hari kebah. Begitulah hingga awal pagi ini terasa seluruh badan sangat panas dan sakit satu badan. Saya kira ini bagai isyarat bahasa tubuh ini sudah lama - kira-kira macam keretalah. Bila baru "ok". Sudah lama mula tidak "ok". Bila baru hari-hari basuh dan servisnya menepati masa, namun bila sudah lama, jarang dibasuh dan mungkin hanya servis bila terpaksa - macam hendak balik kampung beraya...ah memang saya demam, lihat saja saya merapu mengenai kereta haha.

Apapun, saya gagahkan diri dan keluar tadi. Ada beberapa hal yang perlu perhatian dan ditangani. Sebaik selesai, saya "lembik" kembali. Nasiblah ada teman yang hantar pulang. Jika tidak saya pasti akan tidur saja di mana-mana saja sebaik tidak berdaya - satu pilihan.
Bila sakit-sakit begini, alangkah beruntungnya jika ada yang menemani dan menjaga - terutama mereka yang tersayang...oh ini mula melarakan jiwa. Baik saya berhenti dan buat perkara lain...

Persamaan...

Saya Ada dua anak lelaki...
Ini Firdaus. Dia 24 tahun...
Ini Ali. Dia 5 tahun.

Ada persamaan tidak?

Gelaran...

Anda tidak merasa apa-apa sangat jika ada yang panggil anda, "Adik..."

Anda akan merasa sesuatu bila ada yang panggil anda, "Abang..."

Anda mungkin rasa sedikit pelik bila pertama kali orang panggil anda, "Pakcik..."

Tetapi, pastinya anda rasa sudah tua bila orang mula panggil anda, "Datuk..." atau "Tok..."


*Jika ada wanita muda panggil anda, "Dato..." sambil tersipu-sipu manja, pastinya anda akan rasa...masalah akan tiba.

Romi & Juli 11.0 - Kedai Kopi...

Dulu kita sering dengar cerita-cerita tentang bagaimana lelaki menghabiskan masa di kedai/warung kopi. Itu tidak banyak berubah. Lelaki sememangnya suka "lepak" di kedai kopi bersama kawan-kawannya. Di kedai-kedai kopi inilah mereka bertukar berita dan pendapat. Selalu juga mengumpat - siapa kata wanita saja suka mengumpat bukan? Selalu juga memuji - wanita-wanita hebat yang kebetulan lalu di hadapan mereka atau yang mereka kenali. Lelaki juga suka membuat urusan perniagaan di kedai kopi. Saya rasa mereka suka berurus niaga dalam suasana santai. Selain itu lelaki suka lepak kedai kopi pada hujung minggu untuk tonton bola.

Dan kerana kebanyakkan sebab inilah - mungkin - kini wanita-wanita juga mula mengunjungi kedai-kedai kopi. Selain bersama teman, mereka juga kini sudah berurusan niaga dan ramai juga yang duduk santai membaca buku seorang diri atau bergosip bila berkumpulan...

Romi: Kita ke kedai kopi A ya!
Juli: Alaaa...kita ke kedai kopi B laaaa awak
Romi: A la awak. Saya tak suka B...
Juli: Saya tak suka A la awak. Kita ke B laaa
Romi: B tak best la awak...
Juli: A tu panas la awak...

Ini berterusan...hingga ada yang merajuk...

Bila lelaki dan wanita bertemu dengan sesuatu yang sama-sama mereka sukai - dalam perkara ini lepak di kedai kopi - tidak semestinya ia sesuatu yang baik bukan? ;)

Jigsaw...

Semalam saya bermimpi tentang Ali. Tiada apa-apa, cuma saya sedang santai duduk atas kerusi malas berhadapan laut dan dia sedang tidur atas dada saya.
Walaupun mimpi, saya dapat rasai nafasnya. Angin yang bertiup mengalunkan langsir yang sesekali menjamah muka. Suasananya agak tenang dan "real". Saya rasa saya sangat merinduinya.
Saya ingat hari itu...

Saya: Ali, show daddy how you put these jigsaw.
Ali: No, daddy buat. Ali tengok ok.

Saya tersenyum.

Statistik 2.0...

Dalam bas - sekitar Ampang, wanitalah yang paling "besar" suaranya dalam berbual sesama mereka (walaupun majoriti penumpang lelaki) mahupun semasa menelefon - selain konduktor bas yang suruh penumpang..."Belakang! Belakang! Masuk belakang lagi!"...?

Tetapi, ini bukan wanita-wanita lokal ya :)

Statistik...

Saya di sebuah kedai kopi KLCC mengadap tasik kini. Dalam santai saya mengira. Dalam tiga pasangan yang ada, ketiga-tiganya dibelanja oleh teman wanita masing-masing. Lelaki menjadi tukang beli saja. Menarik bukan?

Nasib saya seorang diri saja...hehe

*Ketiga-tiga pasangan Melayu.

Tidak sempurna...

Jika seseorang sedang dalam keadaan yang marah menuntut jawapan dari anda, mampukah dia menerima jawapan yang anda beri? Ini kerana - pada saya - jawapan yang diberi HARUS jawapan yang dimahunya. Jawapan yang dimahunya itu adalah kata kunci (password) untuk tembusi api-api kemarahannya itu.

Saya seorang yang mudah. Pengalaman mengajar. Jawapan saya harus ikhlas. Jadinya ada masa saya lebih senyap dari menjawab. Saya tunggu masa sesuai. Tunggu sekeliling reda dan redup. Jika itu pun tidak faham, alamat memang kita tidak sehaluan.

Kita tidak lahir ke dunia untuk jadi sempurna...

Bas & Teksi...

Selain LRT, monorail dan bas Rapid, warga kota yang menggunakan pengangkutan awam mungkin terpaksa menghadapi pengalaman menarik bila menaiki bas (selain Rapid) dan teksi.

Saya elak naik teksi kerana saya jarang jumpa pemandu teksi yang betul bertanggungjawab sebagai pemandu teksi. Setiap kali hendak naik teksi, kita perlu buka pintu dan nyatakan destinasi kita. Pemamdu akan berfikir sejenak dan buat keputusan sama ada hendak atau tidak. Ya, mereka yang buat keputusan. Satu lagi, meter itu hanya perhiasan. Jarang digunakan. Bukan semua, tetapi kebanyakkan. Ini pengalaman saya di Subang Jaya, The Curve dan kini sekitar Ampang Point. Di KLCC dan Sentral tidak begini, tetapi kita terpaksa bayar lebih. Itulah yang terseliuh - anda terpaksa bayar lebih jika tidak mahu pemandu teksi menentukan sama ada boleh atau tidak membawa anda ke destinasi yang anda mahu.

Saya terpaksa naik bas jenama ini. Destinasi telah diketahui dan mereka ini banyak. Cumanya, cara mereka kendalikan servis. Mereka berhenti tunggu penumpang. Mereka berlumba-lumba dengan bas-bas lain (termasuk yang sama jenama). Mereka suka potong Q, langgar lampu isyarat dan berhenti di mana mereka suka. "PR" hampir tidak wujud.

Tadi:

Pemandu: Hah tak sabar terjun!
Konduktor: Sabarlah! Tadi bas banyak, tak boleh berhenti. Bukan jauh sangat pun!
Penumpang diam saja.

Saya sebagai rakyat Malaysia tuntut kerajaan baiki masalah-masalah sebegini. Saya juga tuntut, jika gunakan jalan bertol, perlu tidak ada kesesakan melampau sebab bila itu berlaku, saya rasa macam saya bayar untuk sangkut dalam kesesakan saja - ertikata lain, saya bayar untuk susahkan diri sendiri pula.

Tapi, jauh dalam sanubari, saya rasa saya ini impikan sesuatu terlalu hebat bukan?

Romi & Juli 10.0...

Juli: Awak, sampai bila kita begini?
Romi: Apa maksud awak?
Juli: Ya lah, awak takde niat atau usaha nak take this to another level?
Romi: Another level?
Juli: Ya, sampai bila kita nak begini?
Romi: Sayang, tak usah kau cari makna hadirnya diriku. Aku di sini untukmu...
Juli: Hah?...
Romi: Mengapa?
Juli: Itu bukan lirik lagu Dewa???
Rome: Errrrr...

Dialog Sebelum Zohor...

Dialog sebelum zohor bersama seorang teman...

Teman: Iya, hidup ini kena banyak belajar bukan?
Saya: Bukan belajar...ya benar, kita belajar...tetapi sebenarnya kita lebih banyak terajar...
Teman: Terajar dan belajar, apa bezanya wahai tuan?

Ini sebenarnya persoalan. Anda jawab ya hehe...

(Dialog ini panjang sebenarnya...dan akan disambung jika perlu.)

John Carter Ali...

Saya pergi menonton John Carter semalam bersama Ali. Perlu saya memberitahu,  saya tidak tidur semalaman. Hari Jumaat agak lembab. Saya ulang-alik dalam bilik sebelah paginya sebelum ke masjid. Selepas itu ke Ampang Point cuba meneliti OTI. Malam sebelumnya saya basah kuyup balik berjalan ke rumah selepas turun bas. Demam semalaman. Dalam semua ini, hari Sabtu, jam 11 pagi, John Carter dan Ali dalam kepala saya.

Perjalanan ke The Curve macam satu penggembaraan. Saya naik bas sekitar jam 7.30 pagi ke Ampang Park. Sarapan "pancakes" di McDonald's. Naik elarti ke Kelana Jaya. Tunggu bas percuma untuk ke Ikano.
Dia sangat teruja setelah menanti beberapa bulan. Saya boleh lihat di matanya dan perlakuannya itu. Sepanjang filem dia tidak senang duduk. Dia juga banyak bercakap.
Saya seorang bapa yang gembira semalam...

Norwegian Wood...

Entah mengapa hari ini saya yang terkapai-kapai kebingungan sejak awal pagi dan seseorang perlu bertanya tentangnya. Ini seolah reaksi spontan . Saya akan buat entri ini ringkas dan bersambung-sambung...

1. Toru Watanabe mengingatkan saya tentang Holden Caulfield - The Catcher In The Rye.

(Akan saya sambung setelah tiba di kafe :)

2.01ptg. Starbuck Ampang Point...

2. Ini kisah cinta (bukan semua cerita ada cinta kepada sesuatu?)
a) Cinta sejati? Naoko dan Kizuki - dua-duanya bunuh diri.
b) Cinta sebelah tangan? Hatsumi kepada Nagasawa - Hatsumi bunuh diri...juga.

Saya tertarik dengan cinta Toru dan Naoko. Bagaimana dia setia dan kemudian merana, namun kembali kerana mungkin ada seseorang yang menyintainya? Midori.

Saya juga tertarik dengan Reiko. Bagaimana seorang yang ada sejarah mental boleh menjadi orang tengah antara Naoko dan Nagasawa. Bagaimana Reiko sanggup tinggalkan anak, suami dan dunia professionalnya. Dia memikirkan tentang kesejahteraan mereka (anak & suami)?

Lelaki-lelaki memang begitu mengikut gambaran sdra. Murakami dan ramai mahu mempercayai bahawa mereka itu lebih kepada Toru - baik - dan Nagasawa - licik.

Saya juga suka "time stamp" yang terdapat dalam naskhah ini.

Lagu Norwegian Wood (jika diamati lirik) oleh Beattles memberi sedikit penerangan jika mahu mencari.

Makna "Norwegian Wood" menyatakan segalanya bukan? (sila google :) )

Ini secara ringkas yang hadir secara spontan.

Dan ya, saya suka ulang baca karya Murakami (Sputnik Sweetheart), Hemingway (Old Man and The Sea) dan Salinger (Cather In The Rye). Ketiga-tiga karya ini setiap tahun saya ulang. Saya juga suka Ryu Murakami. Karya paling saya obses adalah "Life Of Pi". Saya kaji banyak perkara dalamnya hingga lupa makan minum. Namun, itu telah saya atasi. Kini saya baca karya-karya untuk santai saja...

2.21ptg.

Oh lupa, saya suka gaya penulisan Murakami. Alangkah enak jika saya boleh baca dalam bahasa Jepun!

2.23ptg.


Selipar...

Saya membaca kisah dari kedua-dua pihak (tiga sebenarnya kerana blog pihak masjid ada buat beberapa entri berkenaannya) dan saya berkeputusan untuk berdiri hampir di tengah. Saya memang rasa hukuman penjara 1 tahun itu berat, tetapi itulah undang-undang - ciptaan manusia dan dia telah dihukum. Saya percaya ada hikmah buat semua.

Dan dari semuanya ini, saya juga terimbas keluarganya. Kepada sesiapa yang terfikir akan keluarganya dan mahu/mampu membantu, bolehlah bersedekah. Ini akaun isterinya:


CIMB, Nooliza bt Mat Isa 12530022498528


Juga doakan yang baik-baik untuk semua.

Selera...

Kadang-kadang tiba di satu babak dalam kehidupan di mana kita tercari-cari selera. Apa hendak makan? Di mana hendak makan? Semua tidak kena...

Dikuis-kuis peti selera, akhirnya bertemu...

Kuetiaw Uptown sedap juga...tapi saya di Ampang pula...

Laksa 223 boleh juga...tapinya sama seperti di atas...

Asam Pedas Komando Dagang Avenue! ...tapi, tidak ada bas ke sana atau saya tidak tahu bagaimana hendak ke sana dari sini (Ampang Point) selain jalan kaki...

Melihat Domino's...mahal. Pelita...tidak ada selera. McD...pancakes bolehlah, tapi itu untuk sarapan saja...

Ah hendak makan pun susah...nampak gaya steamboat depan Ampang Point ini sajalah...oh burung-burung, janganlah kau bom steamboat aku seperti yang lalu.

Sayembara Penulisan...

Teman saya memberitahu ada sayembara penulisan novel, cerpen dan puisi. Dia suruh saya sertai. Saya memikirkannya. Ini gelanggang menilai sejauh mana kebolehan saya menulis. Jadi saya berangan-angan mahu menghantar dua novel saya yang ada: Orang Tua Itu (OTI) dan Kau & Aku (K&A). Saya juga timbang-timbangan dengan cerpen-cerpen saya.

Lagipun memang hadiah-hadiahnya lumayan jika ada rezeki. Tidak rugi mencuba.

Tetapi, sesetengah perkara kadang-kadang memang bukan memihak kepada kita - selepas saya membaca syarat penyertaannya: Warganegara  Malaysia yang berumur 45 tahun ke bawah...saya tidak tahu mengapa harus ada syarat yang ini sebenarnya. Mungkin berumur lebih 45 seperti saya ini  memang sudah dianggap "terlambat"...ah, itu hanya luahan saya yang kecewa.

Kecewa, ya.

Akhir dunia, tidak.

Hidup diteruskan selagi belum tiba ajal ;)

Siapa yang layak menyertai dan mahu menilai kemampuan diri dalam bidang penulisan novel/cerpen dan puisi sila ke http://www.itnm.com.my/events/sayembara_penulisan_novel_cerpen_dan_puisi_itbm-pena-berita_harian/

Jika Anda Akan Mati...

4.25 ptg.

Persoalan ini tiba-tiba hadir dalam diri saya sebaik saya selesai solat zohor di sebuah masjid yang kosong di Ampang tadi. Kosong kerana zohor saya sekitar jam 2.45. Kosong juga mungkin sengaja dibentangkan agar saya menerima persoalan ini:

Jika saya tahu saya akan mati dalam masa 24 jam apa yang akan saya lakukan?

Saya memikirkannya semasa berjalan ke perhentian bas, atas bas, atas jejambat menyeberangi untuk ke Ampang Point dan kini di kafe.

Saya teringatkan anak-anak saya. Emak dan bapak. Adik-beradik. Datuk-datuk dan nenek-nenek. Orang-orang yang saya cinta dan sayang. Saya doakan agar Allah mengampuni dosa-dosa mereka. Saya doa juga agar anak-anak saya menjadi sebaik-baik insan yang beruntung di dunia dan akhirat. Ini reaksi spontan.

Sebaik tenang melihat langit yang luas dan daun-daun berlambaian ditiup angin santai, saya mula memikirkan tentang diri saya. Apa yang telah saya lakukan. Siapa yang telah saya lukakan dan saya sayu, berkali sebak.

Tentu sekali kita tidak tahu bila kita akan pergi hingga Izrail datang. Namun saya kira ini satu persoalan yang terbaik pernah timbul dalam diri saya ini.

Seperti dalam Orang Tua Itu, di akhirnya dia bertanya...


“Tunggu dulu…”
“Pakcik?”
“Kamu sudah bertaubat?”

Ah,  aku benar terajar…

Jika saya akan mati dalam masa 24 jam, saya akan cuba selesaikan apa-apa masalah yang tertunggak seperti mohon maaf kepada semua, tinggalkan pesan  dan menyediakan diri sebaik mungkin untuk menemuiNya.


Saya harap semua yang membaca maafkan/ampunkan diri saya ini dan doakan kesejahteraan sesama kita.


Mungkin persoalan ini juga baik buat anda...


4.39ptg.

Terkena...

Saya ke HUSM Kubang Kerian hari itu. Kenalan sedang uruskan pelepasan ayahnya di dalam. Saya duduk di luar. Ada pintu grill memisahkan - ini wad psikiatri. Saya lihat dia datang menghampiri saya.


Pesakit A: Bang, abang dari Kolumpo ke?
Saya: Ya.
Pesakit A: Saya pun dari Kolumpo.
Saya: Macamana kamu sampai sini?
Pesakit A: Bang, kalau saya citer abang jangan bagitahu orang ya.
Saya angguk.
Pesakit A: Bang, saya dulu belajar dengan Mona F*****(anda tahu siapa).
Saya: Wahhh hebat.
Pesakit A: Tupasal saya terbang ke sini bang.
Saya: Wahhh kamu boleh terbang ya.
Pesakit A: Macam-macam saya boleh buat bang.
Saya: Apa lagi yang kamu boleh buat?
Pesakit A: Saya boleh hisap rokok. Bang mintak sebatang.

Kenapa saya rasa terkena?

Haha... 

Tanggungjawab...

Minggu lalu saya dikejutkan dengan satu peristiwa, Hingga kini saya masih cuba memahami...

Seorang kenalan menghubungi minta bantuan temannya ke Kota Bharu. Ayahnya yang selama ini dijaga oleh adik-beradik (pakcik dan makcik kenalan saya itu), tiba-tiba ada di Kota Bharu. Lebih tepat, wad psikiatri sebuah hospital. Dia dijumpai merayau-rayau seorang diri sekitar Disember 2011. Ini bermakna sudah lebih dua bulan dia di wad. Akhirnya mereka dapat jejak anak-anaknya (kenalan saya) yang masih belajar.

Ayahnya itu sememangnya ada gangguan mental, tetapi tidaklah membahayakan orang kecuali dirinya sendiri - seperti merayau-rayau hingga sesat. Namun, dia telah dibawa ke Kota Bharu oleh adiknya sendiri, diambil kad pengenalannya dan tinggalkan dia di sana. Selepas dua bulan penjaga-penjaganya dapat dikesan, namun mereka tidak mahu bertanggungjawab. Mereka beri nombor telefon kenalan saya. Mereka suruh anak-anak yang masih belajar ini jaga bapa mereka sendiri. Kenalan saya ini masih tinggal bersama neneknya. Neneknya ini ibu kepada bekas isteri ayah kenalan saya itu. Jadi tidak mungkin ayah kenalan saya itu tinggal di rumah nenek.

Seingat saya, ayah kenalan saya ini dahulunya menanggung adik-adiknya seramai lapan orang itu. Tetapi mereka sanggup lakukan begitu kepada abang mereka sendiri.

Dengan bantuan doktor, kini ayah kenalan saya itu di tempatkan di sebuah rumah kebajikan di Selangor. Kenalan saya sememangnya mahu menjaga ayahnya sebaik tamat pengajian dan bekerja - alhamdullillah.

Saya pernah dengar dan baca cerita-cerita sebegini, tetapi kini saya alaminya sendiri - memang ada rupanya manusia-manusia yang tidak berhati perut sebegini ya...

Pelabuhan Cinta...

"Terus terang, aku memerlukan pelabuhan bagi melabuhkan rasa cintaku ini..."
OTI
Ms. 161

Soalan Awal Pagi...

Saya sedang baring, santai dengan buku Norwegian Wood terbuka 3/4 tertiarap di dada dan berfikir, "Mengapa aku blog?"
Jawapan paling ikhlas sebenarnya kerana saya suka menulis - dan membaca. Saya blog juga untuk lepaskan apa yang berbuku di hati. Saya bukan seorang penyimpan - saya suka kongsi, pengalaman. Dan tentu sekali apa yang saya tulis itu tentang diri saya - log diri sendiri yang tentunya ditapis.
Tentu ada yang perasan saya obses dengan Ali dan kafe (saya juga obses dengan anak sulung saya Firdaus, tetapi dia sudah dewasa, saya perlu jaga privasinya). Ada juga yang terbaca saya ini penagih cinta - siapa bisa hidup tanpa cinta? Saya cuba elak politik. Terkadang terajar oleh kejadian-kejadian. Berkali terlanggar tembok limunan agama lantas menyedarkan. Ada-ada masa terpaksa berpihak kerana tiba di simpang tiga. Dan macam-macamlah rasa diri pada sesuatu masa dalam perjalanan hidup saya ini - banyak rasa luka sebenarnya akhir ini.
"So tell me, why do you blog?" tanya seorang rakan.
"I don't have anything better to do actually. I can't talk to myself at cafes or in public can I? So I blog."
"You are weird dude."
Saya senyum.
Inilah ekspresi yang menzahirkan rasa hati.