Teman saya memberitahu ada sayembara penulisan novel, cerpen dan puisi. Dia suruh saya sertai. Saya memikirkannya. Ini gelanggang menilai sejauh mana kebolehan saya menulis. Jadi saya berangan-angan mahu menghantar dua novel saya yang ada: Orang Tua Itu (OTI) dan Kau & Aku (K&A). Saya juga timbang-timbangan dengan cerpen-cerpen saya.
Lagipun memang hadiah-hadiahnya lumayan jika ada rezeki. Tidak rugi mencuba.
Tetapi, sesetengah perkara kadang-kadang memang bukan memihak kepada kita - selepas saya membaca syarat penyertaannya: Warganegara Malaysia yang berumur 45 tahun ke bawah...saya tidak tahu mengapa harus ada syarat yang ini sebenarnya. Mungkin berumur lebih 45 seperti saya ini memang sudah dianggap "terlambat"...ah, itu hanya luahan saya yang kecewa.
Kecewa, ya.
Akhir dunia, tidak.
Hidup diteruskan selagi belum tiba ajal ;)
Siapa yang layak menyertai dan mahu menilai kemampuan diri dalam bidang penulisan novel/cerpen dan puisi sila ke http://www.itnm.com.my/events/sayembara_penulisan_novel_cerpen_dan_puisi_itbm-pena-berita_harian/
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen
1 hour ago
2 reaksi:
Salam , Tuan.
Apa maksud sekurang-kurangnya 10 'karya'.. 30 'karya' dalam syarat penyertaan? :/
Terima kasih.
PS: hantar saja tuan. pakai nama Ali.. hehe. kidding ..
Salam.
Kalau menyertai kategori cerpen, perlu hantar 10 karya cerpen dan begitulah juga untuk puisi. Perlu ada 30 puisi. Saya percaya ini untuk diterbitkan (dibukukan) jika menang ;)
Selamat mencuba!
Post a Comment