Minggu lalu saya dikejutkan dengan satu peristiwa, Hingga kini saya masih cuba memahami...
Seorang kenalan menghubungi minta bantuan temannya ke Kota Bharu. Ayahnya yang selama ini dijaga oleh adik-beradik (pakcik dan makcik kenalan saya itu), tiba-tiba ada di Kota Bharu. Lebih tepat, wad psikiatri sebuah hospital. Dia dijumpai merayau-rayau seorang diri sekitar Disember 2011. Ini bermakna sudah lebih dua bulan dia di wad. Akhirnya mereka dapat jejak anak-anaknya (kenalan saya) yang masih belajar.
Ayahnya itu sememangnya ada gangguan mental, tetapi tidaklah membahayakan orang kecuali dirinya sendiri - seperti merayau-rayau hingga sesat. Namun, dia telah dibawa ke Kota Bharu oleh adiknya sendiri, diambil kad pengenalannya dan tinggalkan dia di sana. Selepas dua bulan penjaga-penjaganya dapat dikesan, namun mereka tidak mahu bertanggungjawab. Mereka beri nombor telefon kenalan saya. Mereka suruh anak-anak yang masih belajar ini jaga bapa mereka sendiri. Kenalan saya ini masih tinggal bersama neneknya. Neneknya ini ibu kepada bekas isteri ayah kenalan saya itu. Jadi tidak mungkin ayah kenalan saya itu tinggal di rumah nenek.
Seingat saya, ayah kenalan saya ini dahulunya menanggung adik-adiknya seramai lapan orang itu. Tetapi mereka sanggup lakukan begitu kepada abang mereka sendiri.
Dengan bantuan doktor, kini ayah kenalan saya itu di tempatkan di sebuah rumah kebajikan di Selangor. Kenalan saya sememangnya mahu menjaga ayahnya sebaik tamat pengajian dan bekerja - alhamdullillah.
Saya pernah dengar dan baca cerita-cerita sebegini, tetapi kini saya alaminya sendiri - memang ada rupanya manusia-manusia yang tidak berhati perut sebegini ya...
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen
1 hour ago
1 reaksi:
sy janji pda diri sy sy akan jaga mak ayah spnjg hayat mereka
Post a Comment