Selain LRT, monorail dan bas Rapid, warga kota yang menggunakan pengangkutan awam mungkin terpaksa menghadapi pengalaman menarik bila menaiki bas (selain Rapid) dan teksi.
Saya elak naik teksi kerana saya jarang jumpa pemandu teksi yang betul bertanggungjawab sebagai pemandu teksi. Setiap kali hendak naik teksi, kita perlu buka pintu dan nyatakan destinasi kita. Pemamdu akan berfikir sejenak dan buat keputusan sama ada hendak atau tidak. Ya, mereka yang buat keputusan. Satu lagi, meter itu hanya perhiasan. Jarang digunakan. Bukan semua, tetapi kebanyakkan. Ini pengalaman saya di Subang Jaya, The Curve dan kini sekitar Ampang Point. Di KLCC dan Sentral tidak begini, tetapi kita terpaksa bayar lebih. Itulah yang terseliuh - anda terpaksa bayar lebih jika tidak mahu pemandu teksi menentukan sama ada boleh atau tidak membawa anda ke destinasi yang anda mahu.
Saya terpaksa naik bas jenama ini. Destinasi telah diketahui dan mereka ini banyak. Cumanya, cara mereka kendalikan servis. Mereka berhenti tunggu penumpang. Mereka berlumba-lumba dengan bas-bas lain (termasuk yang sama jenama). Mereka suka potong Q, langgar lampu isyarat dan berhenti di mana mereka suka. "PR" hampir tidak wujud.
Tadi:
Pemandu: Hah tak sabar terjun!
Konduktor: Sabarlah! Tadi bas banyak, tak boleh berhenti. Bukan jauh sangat pun!
Penumpang diam saja.
Saya sebagai rakyat Malaysia tuntut kerajaan baiki masalah-masalah sebegini. Saya juga tuntut, jika gunakan jalan bertol, perlu tidak ada kesesakan melampau sebab bila itu berlaku, saya rasa macam saya bayar untuk sangkut dalam kesesakan saja - ertikata lain, saya bayar untuk susahkan diri sendiri pula.
Tapi, jauh dalam sanubari, saya rasa saya ini impikan sesuatu terlalu hebat bukan?
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen
1 hour ago
1 reaksi:
Sempat lagi nak masuk bertanding untuk jadi wakil rakyat. Boleh la suarakan tuntutan. Sekarang menteri pun bukan ada kelulusan dalam bidang dorang dan tak mahu belajar pun utk jawatan disandang. Orang lain buat rancangan org lain luluskan pastu tau2 je batal sebab salah org buat rancangan. Kalo menteri mengalami pengalaman yg kita alami, tentu perubahan boleh dibuat. :)
Post a Comment