Jika seseorang sedang dalam keadaan yang marah menuntut jawapan dari anda, mampukah dia menerima jawapan yang anda beri? Ini kerana - pada saya - jawapan yang diberi HARUS jawapan yang dimahunya. Jawapan yang dimahunya itu adalah kata kunci (password) untuk tembusi api-api kemarahannya itu.
Saya seorang yang mudah. Pengalaman mengajar. Jawapan saya harus ikhlas. Jadinya ada masa saya lebih senyap dari menjawab. Saya tunggu masa sesuai. Tunggu sekeliling reda dan redup. Jika itu pun tidak faham, alamat memang kita tidak sehaluan.
Kita tidak lahir ke dunia untuk jadi sempurna...
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen
48 minutes ago
4 reaksi:
Tindakan orang dah matang memang begitu. Cuba la budak- budak sekolah atau orang berusia tapi tak matang.. Tentu jadi perang dunia. :)
Salam tuan atau puan,
ini tindakan hasil terajar selama ini :) Pengalaman mengajar dan saya cuma cuba sampai-sampaikan saja.
Kadang-kadang sebab orang matang ini slow motion (mungkin ada sebab tersendiri) menyebabkan sebelah pihak marah ( mungkin tak sabar menanti tindakan orang yang matang ni) :) saya juga cuma menyampaikan pengalaman ketika berada di posisi kedua-dua pihak. Tapi saya ni masih belum boleh menjadi orang yang matang. Masih lagi marah n stress. Orang matang tentunya kurang stress.
tidak sempurna tidak mengapa.
tapi keikhlasan hati bila diminta penjelasan akan menceritakan segala-galanya. Orang yagn merasa tertipu pasti minta penjelasan untuk memahami mengapa. Nabi SAW juga tidak menghukum unless baginda bertanya mengapa sesuatu itu dilakukan. Untuk memahami. Bila ruang untuk memahami tidak dibuka, jadilah banyak masalah
-
Post a Comment