header-photo

Nuklear...

Jerman sudah mula tutup reaktor nuklearnya. Lapan sudah ditutup. Enam menjelang 2021. Dan yang tiga terakhir pada 2022. Ini dilakukan walaupun waktu ini Jerman mendapatkan 23% tenaga dari nuklear. Mereka akan cari atau guna altenatif lain. Ini pengajaran yang mereka terima dari krisis di Fukushima - gempa bumi dan tsunami.

Itu buat saya terfikir...Malaysia masih belum menggunakan nuklear. Penggunaan tenanganya kurang dari apa yang dijana kini. Dan kita masih mahu membinanya? Benar gempa bumi tiada dan tsunami pun jarang, tetapi bencana alam akan berlaku dari masa ke semasa. Bencana kecuaian manusia pun akan berlaku.

Bukan menolak pembangunan. Cuma sesekali kenalah fikir baik buruknya. Kita bukannya tidak ada altenatif...

Berita Jerman tutup reaktor tenaga nuklearnya --->>> klik sini

3.05...

Pukul 3.05 petang tadi, saya sedar, kuasa yang ada terlalu besar buat saya. Kalau boleh saya mahu saja berikan kuasa itu kepada siapa saja kecuali saya.

Saya juga tidak mahu mengecewakannya. Saya mahu dia gembira. Saya mahu penuhi kemahuannya.

3.05 petang tadi, pada 30 haribulan lima, hati saya luluh. Benar. Apatah lagi melihatnya runtuh oleh kuasa yang diberikan kepada saya. Tidak akan saya gunakannya lagi.

Lumpuh...

Kesunyian...

Empat musim kesunyian...

Tangisan....
Kerinduan....
Kegilaan....
....

Momen...

Di atas meja terhidang papan catur. Di hujung papan, dua cangkir yang berisi kopi dan coklat panas, bertentangan antara satu sama lain. Secangkir masih banyak terisi. Secangkir lagi, hampir kosong. Bersebelahan sisi meja, berdekatan tembok kaca, kroisan dan sepotong kek keju beri biru sebaris setia menanti.


Dua insan duduk bertentangan di sofa. Suasana santai dan tenang. Tiada tembok. Namun, aku terkadang tertanya apakah sebenarnya yang dia fikirkan kerana pergerakan buah-buah catur putih itu agak tidak menentu.


Dalam aku tertanya, tiba-tiba aku sedar, diriku ini terlalu santai dan terbuka seolah di depan itu seorang kenalan lama. Namun, pergerakan buah-buah catur hitam itu juga agak longgar. Ahhh, pastinya Bobby Fisher (jika dia masih hidup) akan menyuruh kami bermain dam saja.


Siapa kisah? Bukan permainan perah otak itu yang penting kerana antara kau dan aku, ini momennya di mana pertanyaan dan persoalan sebelumnya mula terjawab...

Hari Baru...

Hari baru umpama kain putih. Corakkannya dengan warna-warna menarik dan berfaedah.

Dan kini, sesuatu yang sama sekali berlainan II...

Di gerai mamak sekitar Ampang...

A: Wa kalau ada sen bla bla bla...
B: Eh hello, dari lu tangkap bla bla bla...
C: Kalau wa, letak enjin 2.0 bla bla bla

10 minit kemudian...

C: Wa cakap lu, awek tu bla bla bla...
B: Ah dia tu bla bla bla...
A: Lu jangan kencing la. Gua tahu awek tu bla bla bla...

10 minit kemudian...

A: Hari tu wa tangkap lentok beb. Sempoi bla bla bla...
B: Berani lu.Kalau wa bla bla bla...
C: Lu budak apa tau? Sekali lu kena bla bla bla...

10 minit kemudian...

B: Result nanti lu orang nak buat apa?
C: Wa ingat wa nak rilek dulu bla bla bla...
A: Wa ingat nak jadi despatch. Moto free bla bla bla...
B: Wa nak masuk UiTM la...
A: Hahahahaha...
C: Hahahahaha pirahhhhh...

Doa agar si B kuat semangat dan tidak terpengaruh dengan A & C...

Bisik II...

Adakah cara baru untuk mengungkap rasa rindu ini? Adakah kata-kata cinta yang belum dicipta pujangga? Tersiksa, aku tidak mampu memendamkanmu.

Rasa ini mungkin tak akan terjawab...

Sedikit tentang politik...

Bersama kenalan yang menjadi penyokong kuat satu parti politik di kafe...

Dia: Kita patut bersyukur negara kita aman, tenteram dan makmur. Jika parti lain perintah habislah semua ini...


Saya senyum...

Mungkin kuasa dan wang buat kita buta dan lupa rezeki di tangan siapa...

Dan kini, sesuatu yang sama sekali berlainan...

Saya cuba mengira rahmat yang dinikmati sepanjang kehidupan ini, ternyata sia-sia. Lantas kerana itu, dugaan yang saya alami kini saya terima. Berat dan benar meluluhkan hati ini, tetapi ia tidaklah sebesar rahmat-rahmat yang dinikmati. Setiap kali jiwa dilanda lara, saya akan cuba mengira rahmatNya. Saya sebenarnya beruntung...

Semoga kita tidak lupa akan rahmat yang diberiNya. Semoga kita tidak ditewaskan dugaanNya. Semoga kita tergolong dalam kumpulan mereka yang beruntung. Amin.

Laman Maya...

Dua sahabat sedang berbual di YM...

A: Kau buat apa hari ini?
B: Tak ada apa. Dok rumah ja.
A: Aku lapar la. Jom kita keluar makan.
B: Boleh juga...kat mana?
A: Alaaa keluar nanti kita fikir.
B: Ok. Jom...
A: Jom...

10 saat kemudian di ruang depan rumah sewa mereka...

A: Haa nak makan mana?
B: Mekdi ok?
A: Jom...

Kita terlalu keterhadapan dalam dunia IT?

Romi & Juli 3.0...

Romi: Awak...awak sayang saya?
Juli: Sayang...
Romi: Betul?
Juli: Betul...sayang...sangat!
Romi: Awak masuklah pinang saya...
Juli: Hah? Bukan awak yang patut pinang saya?
Romi: Saya orang Minang...
Juli: Hah? Bila masa pula awak orang Minang? Setahu saya awak dari Penang...anak mami...
Romi: Saya baru "convert"...
Juli: *%#@&XX***

Syurga...

Jika mahu cium syurga,
bersujudlah...

Tonik...

Saya lalu di satu kedai tadi. Tiba-tiba ditahan seorang wanita. "Encik, cuba tonik ini." Dia tarik tangan saya.

Saya: Tonik?
A: Ya. Ini bukan sembarangan. Biar saya suruh dia terangkan lagi. "Kamelia, cuba terangkan pada abang ini."

Abang? Wow! Tersengih.

Seorang wanita datang tersenyum...

Hmmm boleh tahan bisik hati saya.

B: Ya, encik. Produk ini bla bla bla...

Fikiran saya kacau...

1. Suaranya garau (suara lelaki).
2. "Wanita" suara garau jual tonik lelaki? Mungkinkah dia ini dulu memang wanita, tetapi jadi begini kerana minum tonik depan mata saya ini?

Hello...

Pembakaran Terbuka 2.0...

Baiklah, sebelum saya tidur, dua filem hadir dalam kepala untuk hujung minggu ini:

1. Nur Kasih
2. Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides

Saya tahu ramai pilih Nur Kasih, tapi saya pilih POTC untuk hujung minggu ini.

Saya rasa gandingan Jack Sparrow (Johnny Depp) dan Angelica (Penélope Cruz) lebih menarik perhatian saya dari  Nur Amina (Tiz Zaqyah) & Adam (Remy Ishak).

"Not all treasure is silver and gold, mate." - Captain Jack Sparrow

Sekian. Terima kasih.


Romi & Juli 2.0...

Sms...

Romi: Awak tertinggal sesuatu...
Juli: Hah? Apa dia?
Romi: Hatimu...pada saya...

Telefon Romi berdering...

Romi: Hello...
Bapa Juli: Awak ni siapa?
Romi: Errr errrr sa saya Ro o o mi
Bapa Juli: Apa awak buat dengan hati anak saya?
Romi: Eh tak tak de appapapa
Bapa Juli: Apapapapapa? Cakap betul-betul!
Romi: Tak takk ada apa-apa pakcik...me memain saja
Bapa Juli: Kau jangan buat tak senonoh dengan anak aku tau!

Klik...

Romi hampir pitam. Nasib ada tembok untuknya bersandar.

Bapa Juli dan Juli "high five"...

*Ini pun fiksyen ya.

Romi & Juli...

Romi: Hello...
Juli: Hello...
Romi: Awak tertinggal sesuatu...
Juli: Hah? Apa dia?
Romi: Hatimu...pada saya...
Juli: ........hati awak juga dengan saya...

Maka hari bertambah cerah dengan sang pelangi muncul dihiasi burung-burung terbang berkicauan...

*Ini fiksyen ya.

Bisik...

Aku suka padamu.

Adakah rasa itu berbalas?

Kejujuran ini lahir dari seorang lelaki yang tidak lepas dari godaan...

Seni blogging...

Puan Kujie (Orang Lama/Guru) menyentuh tentang "Lain Padang Lain Belalang" dalam dunia blogging.

Baca

Pembakaran terbuka...

Sebelum saya tidur, saya hendak tanya, mana lebih buruk:

1. Seorang lelaki yang menonton bola dua tiga kali seminggu.

Atau

2. Seorang wanita yang menonton drama Korea/Jepun/Melayu/Indon + sitkom seperti SITC/DH hari-hari + AF kini.

Sekian. Terima kasih.

Zaman Dinosor saya...

Teringat zaman persekolahan saya di KL Polisains...

Dalam kelas yang bising, tiba-tiba seorang guru masuk.

Guru: Kamu semua macam monyet!
Murid Berani : Yang depan tu bapak monyet...


Teringat zaman "curi" mangga saya...

Operasi dijalankan ke atas sebuat rumah di mana sebelah siangnya permintaan kami ditolak tuan punya rumah walaupun dia ada tiga pokok mangga yang lebat berbuah.

Jam dua pagi. Kami di atas pokok dengan guni masing-masing. Tiba-tiba lampu dalam rumah sebelah atas dibuka. Kami semua bergegas turun pokok, panjat "gate" dan lari...

Tuan rumah: Hoiiii buat apa tu!
Member "cool" yang ambil masanya turun dari atas pokok: Tarak apa...mangga jugak!

Awal pagi itu kami kenduri mangga dan menjelang petang hampir semua sakit perut.

Moral paling utama: Jangan makan mangga cicah kicap dengan cili api di awal pagi.
Moral lain: Jangan mencuri walaupun sudah minta.

Sunyi...

Bila anda kesunyian, ada tiga perkara yang akan datang:

1. Melakukan kejahatan
2. Melakukan kebaikan
3. Tidur.

Menulis...

Santai di kafe...

A: Aku tengok kau suka menulis ya...
Saya: Kau tengok macam mana?
A: Yelah, rajin kau update blog...
Saya: Oh...sebenarnya aku tak suka sangat menulis ni...
A: Hah?
Saya: Sesetengah menulis kerena mereka suka. Sesetengah terpaksa...
A: Terpaksa?
Saya: Cari makan beb.
A: Habis kau cari makan?
Saya: Tak. Walaupun aku tergolong dalam kategori terpaksa, aku menulis sebab aku perlu luahkan apa dalam kepala dan hati aku. Jika tidak mungkin aku dah gila...Sama seperti dia itu (sambil menunjuk ke arah seorang polis yang sedang saman sebuah kereta).

Menoleh kembali, kawan saya sudah hilang...

Festival Seni Aswara 2011

Jika kelapangan...

A+B...

Apa rasa anda jika apa yang anda katakan kepada (misalnya) A, diceritakannya walau sedikit kepada B? Kena pula peribadi? Dan anda kenal A & B?

Masalahnya seperti:

(a+b)^3 =?

Jawapannya:

a³ + 3a²b + 3ab² + b²
Ya, tidak?

Saya rasa terkilan sedikit, tetapi tidaklah sampai tersekat mahupun tersimpan rasa itu di hati. Hidup terlalu singkat untuk menilai hati-hati orang lain selain diri sendiri. Telan saja dan teruskan perjalanan hidup lebih senang.

Kucing Akrobatik

Sayangi kucing anda kerana mereka akrobatik! Klik SINI

Selamat...

Selamat Hari Guru!

Mereka ini banyak berjasa. Kena pula pada zaman begini di mana saya kira terkadang peranan mereka lebih besar dari ibu dan bapa.

Tetapi, jika anak gagal, salah guru. Bila anak lulus cemerlang...haaa itu sebab ibu dan bapa pandai didik anak. Ini senario manusia zaman kini.

Ya, benar. Ada guru yang "busuk", tetapi saya kira lebih lebih lebih ramai murid yang "busuk" dari guru yang "busuk".

Apapun, saya ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru. Semoga Kementerian Pelajaran hargai jasa-jasa anda dan naikkan gaji, elaun serta ganjaran yang sepatutnya. Semoga kita sebagai ibu dan bapa juga hargailah jasa mereka ini.

Hantaran...

"Dia mula-mula kata hantaran RM18,000, tetapi lepas beberapa minit dia "up" hingga RM24,000! Macam mana ni?" kata kawan saya.

Saya senyum saja.

"Macam artis!"

Wahai kawan, jika dia pujuaan hatimu, tentu sekali dialah intan payung, dialah baby, darling, Audi C7, artis bukan? Lagipun harga minyak dan gula naik tidak terkawal. Buat kenduri mahal kini. Hendak murah...sila emel saya hehehe.

Bukit Bintang...

Saya senaraikan perkara menarik perhatian saya sekitar Bukit Bintang petang semalam...

1. Banyak tempat mengurut hingga dijaja di bahu jalan.
2. Ramai budak-budak Melayu yang cucuk dan tindik sana sini di serata mukanya.
3. Ramai budak Melayu yang fesyen rambutnya hebat dan berwarna-warni.
4. Ramai budak Melayu yang fesyen pakaiannya "up-to-date".
5. Ramai budak Melayu yang berkepit dan ringan-ringan juga.
6. Ramai budak Melayu yang hisap rokok - seawal darjah 5
7. Ada dua atau tiga budak Melayu berniaga di sini (dalam beribu perniagaan yang dijalankan). Itu pun di tepi jalan - jual jagung bakar...eh budak Melayu ke Indon?
8. Ada budak Melayu yang duduk santai di kafe tepi Jalan Bukit Bintang dan melaporkannya hehe.

"Cool" dan hebatkan bangsaku ini dan Jalan Bukit Bintang?

Affogato...

Saya cuba santai di Wangsa Walk Mall petang ini, tetapi keadaan agak ribut - ramai sangat orang dan kenderaan. Hendak menonton pun ya ampun! Nasib jumpa satu sudut yang agak lengang. Bolehlah minum affogato dan bersantai sebentar di alam maya.

Affogato - aiskrim vanilla yang direndam kopi O pekat panas (expresso).

Pelayan: Minum apa encik?
Saya: Aiskrim Vanilla yang direndam kopi O panas.
Pelayan: Hah? Errr...
Saya: Affogato...
Pelayan: Oh ok.

Pukul 4.0...

Di YM...

A: Kau ni dah nak kahwin ke?
Saya: Hah? Kahwin?
A: Ya lah.
Saya: Kenapa pula kata begitu?
A: Aku tengok ligat kau jual buku kat FB, Twitter dan Blog...
Saya: Oh tak sedar pula. Yang aku tahu aku ada banyak bil. Kau bila nak beli?
A: Errr aku tak bacalah buku BM...

Lu langsi lu mati...

Saya tonton "Kongsi" petang tadi. Sangat menghiburkan - tidak kering gusi terutama watak Tumulak (gangster Siam yang dihantar untuk membunuh) dan Mikail (gangster lokal yang berasal dari Utara). Tahniah buat sdr. Farid Kamil!

Jangan langsi tidak mahu tonton filem Malaysia ya...

Kelepet...

Tiga entri awal pagi semalam lesap.

Salah satunya tentang ada jenis kambing pengsan jika terkejut (klik -->>>

Yang lain mengenai:

1. Kumbang terbang bertarung dengan ikan berlaga.
2. Hantu insaf dan manusia pula hendak jadi hantu.

Ceritanya menarik, tetapi "hilang" sebab masalah yang dialami pelayar Blogger. Dan saya malas hendak tulis semula kerana ia lebih dari sembilan belas ribu patah perkataan. Jadi anda buatlah cerita sendiri tentang dua topik tersebut mengikut citarasa sendiri.

Baiklah, saya hendak tidur. "Kelepet" banyak sangat pun tak baik hehe...Selamat Malam Malaysia :)

* Yang italic itu kelepet ya.

Kambing Pengsan...

Selalu manusia pengsan, tetapi sebenarnya ada kambing juga boleh pengsan jika terkejut. --->>

Oh Malaysiaku...

Baru ini...

Blogger satu parti itu menulis. Akhbar lidah satu parti itu menyiarkannya. Kecoh. Presiden satu parti itu beritahu rakyat supaya bertenang. Satu parti itu keluarkan surat amaran.

Tiada masalah, dicipta masalah dan selepas itu sendiri cuba baiki masalah...oh Malaysiaku...apakah adengan lawak seterusnya?

Pukul 3.0...

Terdengar di kafe...

A: Aku kalau jumpa dia siaplah...
B: Releks la bro...
A: Mana boleh releks! Kurang ajar sangat!
B: Dia buat apa?
A: Dia sound aku.
B: Kenapa?
A: Dia kata aku tak buat kerja.
B: Kerja semalam tu?
A: A'ah...
B: Kau dah siapkan ke?
A: Belum sebab aku bengang dengan dia...

Saya yang duduk membelakangi mereka tersedak minum kopi...

Anonymous...

Sesuatu tentang "anonymous" atau "tanpa nama"; sepatutnya saya larang dari memberi komen di sini, tetapi anda-anda yang bergelar "anonymous" setakat ini boleh dikatakan terkawal dan tertib dalam memberi komen. Saya benar tidak tahu mengapa jika situasinya begitu, kenapa pula perlu "anonymous"? Jika kutuk "kaw-kaw" atau maki hamun tahap "gaban" atau komen yang "poyo" menggunakan "anonymous", itu masuk akal juga.

Jadi saya sarankan agar sekurangnya letaklah nama (nama palsu pun tak mengapa). Sekurangnya saya tahu anda menghargai nama anda (atau nama palsu anda) dan ada rasa bangga terhadapnya. Sejuk hati jika yang "kutuk" atau "perli" itu namanya Nor atau Devi atau Reen atau Angelina (1Malaysia!). Hendak marah pun susah...maklumlah "babe". Yang letak nama Sarip atau Kali atau Chin atau Jack Sparrow pun saya fikir 19 kali jika hendak marah. Maklumlah lihat nama saja meremang bulu roma satu badan hingga ada yang gugur.

Jadinya, saya mohon dan rayu agar beri saya "muka" sedikit dan letak nama anda jika beri komen. Kesian juga pada kawan saya yang baca blog saya dan beritahu saya ini ada peminat setia!

"Siapa?" tanya saya.

"Anonymous," jawabnya selamba.

Arghhhhhhhhh...

Dia...

Aneh dalam rasa yang sangat sepi ini aku sedar selama ini Dia tidak pernah meninggalkan aku...

Manis & pahit...

Perkara paling manis dalam kehidupan adalah keupayaan menelan kepahitan kehidupan...

Syukur...

Malam ini aku menangis kerana esok sesuatu yang aku pertahankan akan dirobohkan.

Syukur ya, walau duka...

#perempuansexybila...

Topik hangat di Twitter hari ini. Juga .

Tapi saya lelaki, jadi biarlah saya berterus-terang. Pada saya #perempuansexybila kata-katanya penuh berhemah. Kena pula jika suaranya itu merdu dan bersopan. Dan andai bertemu, senyumnya itu boleh getarkan jantung berkali ganda. Campur semua itu, pasti luluh dan saya akan tahu dialah orangnya. Ini "#perempuansexybila" buat saya kini di usia begini.

Jika ada misi atau doktor atau guru atau anak menteri atau kerani pos atau pegawai bahagian penilaian atau siapa sajalah, pasti saya akan lontarkan diri saya kepadanya.

Dan selepas terlontar dan jika lontaran itu diterima,  #perempuansexybila dia setia dan percaya kepada lelakinya.

Gatal 1.0...

Saya tak tahu mengapa ada manusia yang tahu dirinya alah (alergi) kepada sesuatu, dalam perkara ini makanan laut, degil dan sengaja terus makan makanan laut. Implikasinya, selalunya dia akan bersin tanpa henti dan tergaru-garu kerana gatal.

Tunggu! Saya tahu kenapa!

Saya orangnya itu. Saya terus makan kerana...bukan saya gatal ya...kerana tadaaaaaaa! Ada ubatnya - Zyrtec!

Mirakel...

Saya sedang melayan CSI NY bila telefon berdering...

Saya: Hello...
Dia: Hello. How are you?
Saya: Siapa di sana?
Dia: Dia beri nombor kat hospital tak ingat pula...
Saya: Ooooo saya baik saja. Awak bagaimana?

Kami berbual dan akhirnya membuat temujanji.

Saya sedang duduk menikmati secangkir kopi dalam sebuah kafe di KLCC bila dia menyapa...Dia bukan misi itu!

Dia doktor yang merawat saya! Wow! Doktor huh...

Kami berbual dan berbual. Indah waktu itu dan jiwa saya sangat bahagia hingga telefon saya berdering...

Saya bermimpi rupanya. Hampa. Sedar, tadi saya tidur agak awal. Dan kini saya resah memikirkan mimpi indah itu.

Telefon berdering sekali lagi.

Saya: Ya, hello...
Dia: Encik Helmy...

Beritahu saya ini bukan satu mirakel!

Teka siapa telefon?

Amin...

Merinduinya...dan aku kira hak aku hanya kepada imbasan lalu aku bersamanya.

Diterima.

Amin.

Pukul 3.0...

Dia: Aku nak pukul habis!
Aku: Hah?
Dia: Sebelum aku sibuk balik, aku nak pukul habis!
Aku: Pukul? Siapa? Apa?
Dia: Aku nak tengok semua wayang! Fast & Furious, Thor, Red Riding Hood, Priest, Pirates...
Aku tepuk dahi sambil tersenyum...

Misi...

Dia hulur pen...

Misi: Encik sign sini...sini...sini...
Saya: Hmmm...ok?

Dia belek fail...

Misi: Nombor telefon?
Saya: Oh kat mana nak tulis?
Misi: Sini...(sambil beri saya kertas kecil).
Saya: Huh?
Dia senyum.

Kenapa saya rasa seperti satu iklan semburan dari Indonesia?

Tapi dia memang kiut...

Delete...

Jika boleh, saya mahu tekan kekunci delete di komputer lapuk ini dan minggu ini lenyap. Mungkin juga tekan dua kali kerana minggu hadapan juga nampak seakan perlu dilupakan. Dan semakin difikirkan banyak lagi delete yang diperlukan. Saya kira jika saya delete delete delete...mungkin diri ini jadi ringan bebas melayang-layang bagai debunga lalang di mana nasibnya ditangan angin yang bertiup.

Tapi saya dilahirkan seorang insan. Bukan lalang nampak menyemak tetapi berjasa mengisi semula dunia dengan O2. Tanggungjawab banyak, tetapi tidak ditunaikan. Sepanjang perjalanan, banyak yang tercicir...banyak juga yang dirampas. Dan minggu ini hampir dua hari hilang dalam hidup saya.

Hanya satu yang kerap saya terbayang dan rasakan - dia itu tawa dan tangis. Selepas apa yang saya lalui dua hari ini, saya mahu mudahkan. Tidak perlu melayan karenah mereka yang tidak mahu memahami. Tidak perlu juga melayani mereka yang sengaja (atau tanpa sengaja?) pentingkan diri sendiri lantas melangkah atau memijak hak saya. Sebenarnya tiada apa yang pelik, sememangnya jika hak saya, itu yang utama - sama dengan rasa dan hati. "Siapa peduli apa yang kau rasa?". Jadi sememangnya itu difahami.

Dalam saya berangan mahu delete delete delete, terfikir juga bagaimana jika diri ini terformat?

Ahhhh...bab diri ini diformat bukan keputusan saya...berhati-hatilah dengan apa yang anda impikan...

Pukul 2 (Jiwa)...

Kadangkala saya kira manusia ini pentingkan dirinya sendiri. Ambil contoh ini...

Dari kisah rumahtangga yang runtuh, bekas suami dan isteri cuba menonjolkan perhubungan yang baik antara mereka selepas berpisah - kerana anak. Namun, suasana aman tidak tahan lama.

Pernah:

Lelaki: Tak mengapa. Awak kalau ada hujung minggu, saya tak ambilnya.
Wanita: Eh, tak apalah. Dia perlukan seorang bapa bla bla bla...
Lelaki: Tak apa. Awak pun perlu habiskan masa dengannya bla bla bla...
Wanita: Betul? Tapi nanti awak ambillah dia juga atau waktu saya kena kerja hujung minggu dan bla bla bla...
Lelaki: Baiklah.

Selesai.

Tidak juga...

Wanita: Saya nak bawa dia balik kampung untuk hujung minggu ini sebab saya ada tugas di sana. Kesian dia di sini tak ada kawan bla bla bla...

Ah, manusia. Rupanya kawan untuk anak lebih penting dari seorang bapa...

Pukul...

Petang itu...

Dia: Kau ok ke tak tu?
Aku: Tak...aku kena pukul...
Dia: Kau kena pukul kat mana?
Aku: Kat poket...
Dia: *&!@21%^**

Doa buat teman...

Doa seorang lelaki moga temannya sejahtera dan sedar atas kemahuan "gila" diri dan keluarganya itu...