header-photo

Selamat...

Selamat Hari Guru!

Mereka ini banyak berjasa. Kena pula pada zaman begini di mana saya kira terkadang peranan mereka lebih besar dari ibu dan bapa.

Tetapi, jika anak gagal, salah guru. Bila anak lulus cemerlang...haaa itu sebab ibu dan bapa pandai didik anak. Ini senario manusia zaman kini.

Ya, benar. Ada guru yang "busuk", tetapi saya kira lebih lebih lebih ramai murid yang "busuk" dari guru yang "busuk".

Apapun, saya ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru. Semoga Kementerian Pelajaran hargai jasa-jasa anda dan naikkan gaji, elaun serta ganjaran yang sepatutnya. Semoga kita sebagai ibu dan bapa juga hargailah jasa mereka ini.

8 reaksi:

Anonymous said...

mekaseh... tp aku guru yg wangi kan??:D

-cik reen yg wangi-

Helmy Samad said...

Nanti aku tanya sudip...

Anonymous said...

aaaa..nape sudip yg ko petik?
malas layan ko!

-cik reen-

Anonymous said...

Aik? Bukan Kementerian "Pendidikan" ke sekarang ni?

-Cik Anon-

Helmy Samad said...

Salam.

Saya sebagai rakyat pun tak tahu...ada kata Kementerian Pendidikan, tetapi sila lihat http://www.moe.gov.my/

Di sini letak Kementerian Pelajaran...

Anonymous said...

dari kementerian pelajaran tukar ke kementerian pendidikan..kedian ditukar semula ke kementerian pelajaran... :)

-cik reen-

akubiomed said...

Selamat Hari Guru. Saya mengkagumi guru-giru yang berkorban mengajar sekolah dipendalaman, yang mendidik anak-anak istimewa dan juvana. Mereka ini lebih tabah dan mempunyai keazaman yang tinggi.

Helmy Samad said...

Salam.

akubiomed: Setuju.