Jika boleh, saya mahu tekan kekunci delete di komputer lapuk ini dan minggu ini lenyap. Mungkin juga tekan dua kali kerana minggu hadapan juga nampak seakan perlu dilupakan. Dan semakin difikirkan banyak lagi delete yang diperlukan. Saya kira jika saya delete delete delete...mungkin diri ini jadi ringan bebas melayang-layang bagai debunga lalang di mana nasibnya ditangan angin yang bertiup.
Tapi saya dilahirkan seorang insan. Bukan lalang nampak menyemak tetapi berjasa mengisi semula dunia dengan O2. Tanggungjawab banyak, tetapi tidak ditunaikan. Sepanjang perjalanan, banyak yang tercicir...banyak juga yang dirampas. Dan minggu ini hampir dua hari hilang dalam hidup saya.
Hanya satu yang kerap saya terbayang dan rasakan - dia itu tawa dan tangis. Selepas apa yang saya lalui dua hari ini, saya mahu mudahkan. Tidak perlu melayan karenah mereka yang tidak mahu memahami. Tidak perlu juga melayani mereka yang sengaja (atau tanpa sengaja?) pentingkan diri sendiri lantas melangkah atau memijak hak saya. Sebenarnya tiada apa yang pelik, sememangnya jika hak saya, itu yang utama - sama dengan rasa dan hati. "Siapa peduli apa yang kau rasa?". Jadi sememangnya itu difahami.
Dalam saya berangan mahu delete delete delete, terfikir juga bagaimana jika diri ini terformat?
Ahhhh...bab diri ini diformat bukan keputusan saya...berhati-hatilah dengan apa yang anda impikan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 reaksi:
ampun & maaf dipinta, andai kata trluka... sekiranya ada yg terasa dek perlakuan hamba...
Post a Comment