header-photo

Jika Anda Akan Mati...

4.25 ptg.

Persoalan ini tiba-tiba hadir dalam diri saya sebaik saya selesai solat zohor di sebuah masjid yang kosong di Ampang tadi. Kosong kerana zohor saya sekitar jam 2.45. Kosong juga mungkin sengaja dibentangkan agar saya menerima persoalan ini:

Jika saya tahu saya akan mati dalam masa 24 jam apa yang akan saya lakukan?

Saya memikirkannya semasa berjalan ke perhentian bas, atas bas, atas jejambat menyeberangi untuk ke Ampang Point dan kini di kafe.

Saya teringatkan anak-anak saya. Emak dan bapak. Adik-beradik. Datuk-datuk dan nenek-nenek. Orang-orang yang saya cinta dan sayang. Saya doakan agar Allah mengampuni dosa-dosa mereka. Saya doa juga agar anak-anak saya menjadi sebaik-baik insan yang beruntung di dunia dan akhirat. Ini reaksi spontan.

Sebaik tenang melihat langit yang luas dan daun-daun berlambaian ditiup angin santai, saya mula memikirkan tentang diri saya. Apa yang telah saya lakukan. Siapa yang telah saya lukakan dan saya sayu, berkali sebak.

Tentu sekali kita tidak tahu bila kita akan pergi hingga Izrail datang. Namun saya kira ini satu persoalan yang terbaik pernah timbul dalam diri saya ini.

Seperti dalam Orang Tua Itu, di akhirnya dia bertanya...


“Tunggu dulu…”
“Pakcik?”
“Kamu sudah bertaubat?”

Ah,  aku benar terajar…

Jika saya akan mati dalam masa 24 jam, saya akan cuba selesaikan apa-apa masalah yang tertunggak seperti mohon maaf kepada semua, tinggalkan pesan  dan menyediakan diri sebaik mungkin untuk menemuiNya.


Saya harap semua yang membaca maafkan/ampunkan diri saya ini dan doakan kesejahteraan sesama kita.


Mungkin persoalan ini juga baik buat anda...


4.39ptg.

6 reaksi:

Unknown said...

Saya agak pn solat di Masjid Kg.Melayu Ampang. Jumaah di masjid itu 'masa puncak' ok.

Saya juga kadang-kadang singgah solat asar di masjid itu dalam perjalanan ke rumah.

Terima kasih kerana ingat mengingati.Makhluk pasti mati.

Malangnya, tidak seperti di pusat beli-belah yang lain, Ampang Point tidak ada surau.

Anonymous said...

ustaz dalam tv yang saya tengok minggu lepas kata Tuhan rahsiakan tarikh mati kita supaya kita sentiasa banyakkan amalan seolah2 kita akan mati esok hari dan kita tidak ambil mudah jika kita tahu umur kita masih panjang lagi.(kalau kita tahu kita nak mati lagi 80 tahun misalnya mesti kita pun malas nak beramal)sebab itu Tuhan merahsiakan tarikh mat kita.


~seri mersing~

Anonymous said...

Mengingati mati perlu supaya kita dapat imbangkan kehidupan di dunia dengan di akhirat.
p/s: kepada Ujang Kutik, Ampang Point ada surau di tingkat 3 berdekatan dengan lif.

Unknown said...

Anonymous 10.20am,

1.Terima kasih & maaf.

2. Pada malam yg sama catatan ini ditulis berlaku banjir di sekitar Kg.Melayu Ampang. Air naik hampir mencecah lantai/permaidani masjid.Banyak kerosakkan.

Unknown said...

Anonymous 10.20am,

1.Terima kasih & maaf.

2. Pada malam yg sama catatan ini ditulis berlaku banjir di sekitar Kg.Melayu Ampang. Air naik hampir mencecah lantai/permaidani masjid.Banyak kerosakkan.

Shahrulrock said...

Abang Helmy,
Tulisan ni benar menyentuh hati saya. Saya dapat melihat dengan jelas keikhlasan abang Helmy dalam menulis coretan pendek yang "panjang" ini.