Boleh katakan banyak juga janji-janji yang saya terima suatu waktu dahulu. Banyak juga yang tidak ditunaikan. Saya pernah kata pada diri saya sendiri, "Jika aku tunggu janji-janji itu, pasti aku sudah mati kini."
Benar, manusia banyak menabur janji terutama dalam bab kewangan. Hutang nak, bayar liat atau lebih buruk disenaraikan sebagai perkara terakhir yang mahu mereka lakukan. Ambil contoh satu kejadian ini. Saya dengan berat hati meminta seseorang membayar kembali hutangnya. Hutangnya sudah kira lapuk sebenarnya dan saya tidak akan meminta jika tidak tersepit. Saya sangat sempit waktu itu. Makan pun sekali sehari. Dia berkata beri sedikit masa. Ok. Kini sudah bulan Jun. Saya minta sekitar Februari. Dalam FBnya saya lihat dia beli itu dan ini, bercuti makan angin sana dan sini dan beritahu dunia. Bagaimana rasa saya? Tentunya tiada rasa sebenarnya di sebelahnya.
Saya kini tidak harapkan apa-apa lagi dari mereka ini. Saya sudah kira "halalkan" saja. Sebenarnya hidup ini terlalu singkat untuk menagih hutang, tetapi saya tidak lupa kepada mereka yang saya hutang. Sering saya beri mesej bahawa saya perlu lebih masa dan terkadang bila ada sedikit wang, saya bayar mana yang mampu. Alhamdullillah mereka faham. Pada saya, hutang saya perlu saya langsaikan sebelum saya pergi. Saya adalah saya dan bukan mereka yang senang mahu berhutang, tetapi liat untuk membayar. Itu juga saya bersyukur.
Nasihat saya, elakkan berhutang jika tidak terdesak dan pembayaran hutang itu perlu berada di atas dalam senarai apa yang perlu kita lakukan dalam kehidupan. Bukan apa, kita sudah berjanji hendak bayar. Bayangkan senario kita pergi sebelum membayar hutang-hutang kita...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 reaksi:
Nasihat kpd tuan:
Cukup2 la beri hutang pd org. Beri hanya jika nk sedekahkan saja. Itu mungkin lebih menenangkan. Hehe.
-cik cetiar-
Salam.
Tak boleh, Ada kemampuan sudah menjadi tanggungjawab pula. Tetapi bab sedekahkan saja itu saya setuju. Terima kasih Cik Cetiar.
Urusan dengan manusia sampai depan pintu syurga pun boleh diungkit.huhu
Salam.
Betul tu tuan dan sebab itu saya selesaikan di sini saja. Berani kasi hutang beranilah menghalalkannya jika tidak dibayar. Lagipun kita bukannya Ah Long. Kita ikhlas beri.
Pernah juga mengalami hal yang sama. Seorang "bekas" sahabat saya minta tolong sampai menangis-nangis kerana diugut Along...3 kali saya tolong dia kerana tak sampai hati tengok dia susah. Bila saya tuntut di waktu saya terdesak, macam-macam alasan sampai ke nada menyindir. Bila tengok FB wah bukan main bercuti ke sana sini dan bersuka ria di tempat mahal dengan orang lain. Pelik tengok manusia yg sedikit pun tidak ada rasa malu dan bersalah seperti dia.
Saya pun sudah berhenti mengharap dibayar, tapi untuk menghalalkannya perlulah tuan punya diri yang jumpa saya minta maaf dan minta dihalalkan. Bukan kerana jumlahnya yg banyak tetapi kerana suatu masa kami pernah bersahabat baik. As the saying goes "the best way to lose a friend is to lend them money"....amatlah benar.
Era, setuju. Lost quite a few :(
Yup. Itulah maksud saya. Jika dia minta pinjam rm500, tp kita mampu sedekahkan rm200, beri saja rm200. Walaupun dia terpaksa mencari lagi rm300, tuan dan dia sudah saling redha. Itu lebih bahagia, bukan?
-cik cetiar-
Ya ada kebenarannya. Saya perlu belajar bab itu kerana saya risau jika jumlah yg dipohon itu tidak mencukupi.
Post a Comment