header-photo

Sarkas..."Reload".

Jika berita ini benar RM1.8mil ... for a Facebook page? memang ada sesuatu yang tak kena atau sarkas "the IN thing" sekarang di Malaysia?

Ah sekurangnya pemerintah ada "sense of humor" kan kan kan :p

*Juga baca ini Tourism Ministry: RM1.8 million spent on Facebook pages

Terbaru 15hb Jun 2011 Kenyataan Akhbar Dari Kementerian Pelancongan

1. Mentaliti mereka ini jika kami persoal kami ini pembangkang? Lihat saja pos-pos para penyokong projek ini. Kebanyakan kita soal kerana kita sayangkan negara. Bukan "bodoh-bodoh" soal. Kata hendak rakyat pandai? Bukan jika malu bertanya sesat jalan?
2. Juga menurut mereka apalah sangat RM1.8 itu. Hendak yang terbaik perlulah bayar untuk terbaik. Ta'kanlah hendak suruh bebudak universiti buat bukan? Ini mentaliti merendahkan kebolehan kita sendiri. Ini juga menunjukkan betapa wang hampir RM1.8 juta itu apalah sangat bagi mereka.
3. "Breakdown" tak ada ke? Cubalah letak misalnya spanar RM300 ke buku "Dummy" RM200 ke. Ini letak macam:

1. Baju koboi 1
2. Pistol 2
3. Kuda 8

Jumlah RM1.7juta. Boleh?

Akhirnya, sekali lagi komunikasi di pihak bertanggungjawab gagal. Kata perlu belanja besar, tetapi mengapa pula ada kegagalan komunikasi antara Kerajaan dan rakyat? Jika dari awal dirancang dan diterangkan secara terperinci tentunya hujan renyai tak jadi ribut.

Masih...Sarkas :p

6 reaksi:

Mell said...

Elemek, baru fikir nak mintak tukar kemntrian nih

Unknown said...

Salam Makcik Mell, minta saja. Takan pasal hal ini niat terbantut :)

asuhara sue said...
This comment has been removed by the author.
mell said...

salam pakcik Helmy, saya takut nanti projek biasa 20j jadi 200j pulak!

Unknown said...

Haaa ok la ada untung 180j! Boleh belanja saya jelajah eropah haha

mell said...

jawapnya masuk angin keluar asap lerrr!