Akhir ini aku semakin kerap membaca karya penulis-penulis dari negara matahari terbit. Haruki Murakami dengan "Kafka On The Shore" mengikat lantas "Dance, Dance, Dance", "After The Quake" dan "Norwegian Wood" menyusuri.
Aku sepatutnya meneruskan dengan karya-karyanya yang lain kerana buku-bukunya hampir kesemuanya telah dibeli, namun entah bagaimana, bagai berjalan khusyuk berfikir tentang sesuatu, aku tersepak batu - dalam perkara ini terjumpa Ryu Murakami - dan tersungkur.
"69" sepatutnya hanya belekan biasa apabila aku bersantai di Kinokuniya. Namun para demi para aku membaca seakan tidak mampu berhenti kecuali...jika memilikinya. Dalam aku begitu dibuai "69" - yang dibaca setiap malam sebelum tidur - aku ditemukan dengan "In The Miso Soup" di Borders The Curve.
Bermulalah perjalanan, Kensuke Yazaki sebelum tidur dan Kenji - dengan Tokyo Pink Guide - masa santai di kafe. Aku memang begitu - membaca dua mungkin tiga buku sekaligus. Dan semestinya dua tidak mencukupi kerana semasa ke The Curve tadi, aku terjumpa pula Hitomi Kanehara - " Snakes & Earring"...ini kisah pemikiran seorang gadis...bersedialah dengan kisah yang mungkin saja memeranjatkan...
Beberapa tahun dahulu aku pernah terhibur dengan "Sputnik Sweetheart" - Haruki Murakami. Bagai kitaran, kini Ken, Kenji dan Lui dalam kepalaku...
Amaran: Jika mampu membuka fikiran, bacalah.
0 reaksi:
Post a Comment