Andai dia tahu mengapa aku begitu, pastinya tidak begini jadinya. Namun manusia namanya itu, pasti tidak lari dari mencurigai. Apa yang tenang dipermukaan, rupanya ada yang sedang bergelora disebaliknya. Aku cuma mampu mengimpikan...
"Andai jiwaku ini kau selami, pasti ketenangan di permukaan itu adalah kerana dasarnya juga tenang. Andai jiwaku ini kau selami, pastinya tidak begini jadinya. Pastinya kau menutup matamu, merasai kehangatan nafas menjana jantung yang semakin pantas mengalirkan darah keseluruh pelusuk tubuhmu. Liang-liang roma berontak. Mulutmu terbuka melepaskan hawa. Tapak tanganmu mula berpeluh. Tanganmu mengapai dan mencapai. Pernafasanmu bercelaru. Kau gelojoh menagih udara. Kau mau menjerit. Kau mahu mencapainya. Kau mahu disentuh berulang. Kau mahukan lebih, kau mahu menjerit...kau mau menjerit...fikiranmu sesat entah ke mana. Jiwamu melayang-layang seperti ditiup angin...kau tak mahu ia berakhir...kau tak mahu ia berakhir...
...itulah sentuhan keikhlasanku, andai jiwaku ini kau selami...andai jiwaku ini kau selami..."
Namun manusia namanya itu, pasti tidak lari dari mencurigai...dan dia itu tersenyum puas...esok pastinya berulang.
0 reaksi:
Post a Comment